InstaMe

Thursday, November 11, 2010

Ayam Panggang Seri Menanti...

Salam semua,

Hari ini mengupdate blog dari bilik baru kat kampung halaman...
Alhamdulillah, umah dah hampir siap...
Tinggal beberapa kerja 'finishing' ja lagi...
Bilik ni pun baru hari ni masuk letrik...
Orang buat wiring pun baru siap tadi...
Ni yang macam tak sabaq nak balik duduk kat kampung...
Sebab sebagai anak yang paling tua, kami dapat bilik yang paling besaq, sekali dengan toilet...
Best2...
Hehe...

OK, pengenalan yang takdak kena mengena pun dengan tajuk kan..?
Saja ja nak menghiburkan hati...
Sebab dua tiga hari lepas asyik berendam ayaq mata ja...

Jadi kali ni kita cakap pasai masak memasak pulak la...
Nak tulis entri Mini Zoo Kemaman pun rasa macam malas...
Bukan apa, malas nak memilih gambaq mana 1 nak letak...
Jadi, guna ja la gambaq yang dah siap edit...

Resipi ni kami ambik waktu tengok Best Wan! kat AFC...
Tapi tak guna semua bahan dia la...
Guna apa yang ada dalam peti ais time tu ja la...
Malas nak keluaq pi cari barang...
Jom la tengok resipi...

Ayam Panggang Seri Menanti

Radas/bahan:
4 ketul ayam
1 batang serai - dititik
1 peket santan (Kalau santan segar, beli yang RM1 sebungkus tu, xingat brapa g)
Perahan air limau nipis - secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan diblend:
5 biji cili merah
3 biji cili padi
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
2 helai daun limau purut
1 batang serai

Minyak untuk menumis

Kaedah:
1. Panaskan minyak dan tumis serai sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan yang diblend dan masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan santan dan ayam.
4. Perasakan dengan garam dan tunggu sehingga kuahnya pekat. Sementara ini bolehlah panaskan oven jika nak bakar guna oven. Suhu 190 darjah celcius.
5. Masukkan perahan air limau nipis dan angkat.
6. Letakkan di atas loyang pembakar dan griskan dengan baki kuah.
7. Bakar selama 20 minit dan terbalikkan ayam. Griskan lagi dengan kuah.
8. Jika selepas 20 minit, nampak macam tak masak lagi, boleh tambah dalam 10 minit lagi untuk kedua2 bahagian. Setelah masak bolehlah dihidangkan dengan meletakkan kuah ke atas ayam yang dibakar itu.

Tengok gambaq sikit...


Sebelum masuk ke dalam oven...

Sebelum masuk dalam mulut... :p



Tengah2 makan baru teringat...
Ala, tadi Chef Wan masuk kerisik la last skali...
Hehehe...
Kalo nak, bolehlah letak kerisik...

No comments: