InstaMe

Thursday, November 4, 2010

Mari Melihat Kelip-kelip..

Salam semua,

Hari ini saya bersiaran terus dari Kemaman...
Hehehe...
(Perasan jadik deejay ka host rancangan tv plak... :p)

Kami ke sini atas urusan kerja...
Oh, saya sangat suka kerja begini...
Boleh jumpak macam-macam jenis orang...
Boleh lihat tempat-tempat baru...
Boleh berkongsi-kongsi pendapat dan kegemaran yang sama dengan orang lain...
Kiranya tak stress sangat la kerja macam ni...

Selama 3 hari kami kat sini, kami menginap kat Homestay Hotal, Chukai, Kemaman...
Hotel ni kira best jugak la...
Dengan harga RM98 1 malam, kita boleh dapat bilik yang selesa...
Ada iron kat bilik (Tak macam hotel bajet lain...)
Ada banyak paip air dalam toilet...(Senang nak ambik wuduk...)
Dan yang paling best, Wi-Fi dia sampai bilik...
Hehehe...
Seronok ja update blog atas katil hotel ye... :p
Kalao nak tempah @ maklumat lanjut, boleh kelik kat bawah ni:

Homestay Hotel

Semalam lepas habis tugasan, kami melawat ke Sungai Cherating...
Semata-mata nak tengok kelip-kelip...
Sebenaqnya kat Kemaman sendiri pun ada tempat tengok kelip-kelip iaitu kat Sungai Yak Yah...
Tapi atas nasihat pak cik tourist guide, kami memilih untuk pegi ke Sungai Cherating...
Kerana kabarnya penjelasan di sini lebih bagus...

Tapi memang berbaloi la kami datang sini...
Kami bukan saja dibawa untuk melihat kelip-kelip, malah kami juga didedahkan dengan maklumat tentang kelip-kelip ini...
Ini yang nak dikongsi bersama ni...

Kelip-kelip mempunyai kitar hidup yang agak pendek iaitu antara 2 - 3 bulan sahaja...
Dalam jangkamasa ini, kelip-kelip hanya sempat hidup sebagai kelip-kelip dewasa dalam tempoh 4 hari hingga 4 minggu sahaja...
Kerana masa yang lama diambil untuk bertukar dari telur kepada kelip-kelip dewasa...
Terdapat 4 fasa dalam kitar hidup kelip-kelip ini...
Iaitu telur, larva, pupa, dan kelip-kelip dewasa...

Apabila cukup matang, kelip-kelip akan hidup di sepanjang sungai yang mempunyai pokok bakau...
Ini kerana kelip-kelip memerlukan udara dan air yang bersih untuk hidup...
Kelip-kelip makan dengan cara menghisap nectar dari bunga pokok bakau dan rembesan dari daunnya...

Anda tahu kenapa kelip-kelip berkelip...?
Mereka memancarkan cahaya dari hasil tindak balas oksigen dan luciferin di dalam badannya...
Berkelip merupakan 1 cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain...
Kelip-kelip juga menggunakan kaedah kerlipan untuk memberikan amaran kepada kelip-kelip yang lain jika ada ancaman terhadap mereka...

Apa yang menariknya, kelip-kelip 'berkomunikasi' untuk mengawan...
Kalao anda dapat lihat sendiri seperti di Sungai Chendering ini, kelip-kelip jantan akan menghasilkan cahaya yang terang dan panjang untuk menarik kelip-kelip betina...
Manakala kelip-kelip betina akan mengeluarkan cahaya yang sedikit malap dan pendek...

Selepas proses mengawan selesai, kelip-kelip jantan akan mati...
Manakala kelip-kelip betina akan bertelur di atas tanah yang agak jauh dari gigi air dan seterusnya mati setelah selesai bertelur...
Kemudian kitar hidup baru akan bermula...

Begitulah antara penerangan yang diberikan oleh Encik Hafiz dari Cherating Net Enterprise...
Terkejut jugak kami bila mengetahui dia sebenarnya berasal dari Myanmar...
Penerangan yang diberikan sangat bagus dan menarik...
Ini kerana beliao sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap kelip-kelip ini...
Beliao banyak belajar dari pakar-pakar kelip-kelip dari seluruh dunia...
Beliao juga sanggup belajar dari mereka yang kebanyakannya profesor untuk menambah pengetahun tentang kelip-kelip...

Encik Hafiz...

Tak hairanlah jika beliao dapat mereka satu cara untuk menarik kelip-kelip dengan hanya menggunakan lampu picit...
Anda mesti akan merasa kagum kerana sememangnya beliao dapat 'menarik' kelip-kelip tersebut ke arahnya...
Memang waktu tu rasa macam iklan raya TV3 pulak...
Macam kat kayangan pun ada bila kita dikelilingi kelip-kelip...
Anda juga akan dapat menyentuh kelip-kelip tersebut kerana ianya tidak merbahaya kepada manusia...

Anda akan dibawa menaiki bot...
Dan menyaksikan pemandangan indah dari dalam sungai...




Saya teringin nak ambik gambaq untuk anda semua...
Nak tunjukkan betapa indahnya ciptaan Tuhan ini...
Tapi ini ja yang saya dapat...




Untuk tidak menghampakan, saya menggunakan khidmat pakcik Google untuk menunjukkan kepada anda semua bagaimana rasanya berada di antara kelip-kelip ini...


Ha...ada rasa macam kat kayangan tak...?
Kalao anda nak rasa sendiri, bolehlah datang ke Pantai Cherating...
Alamatnya di 7/1156, Kampong Cherating Lama, 26080 Kuantan, Pahang...

Tempatnya terletak di antara Legend Hotel dan Club Med...
Kalao anda dari Kuantan, anda akan berjumpa Legend Hotel Dulu, kemudian cari simpang dia sebelah kanan selepas tu...
Kalau dari Kemaman pulak, kena cari simpang ke kiri selepas Club Med...
Anda kena masuk ke dalam sedikit dan cari Little Bali atao Duyong Restaurant...

Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi Encik Hafiz sendiri di talian:
017 - 978 9256 @ 013 - 939 9256
emel: kohafiz@gmail.com

Inilah tempatnya...




Banyak lagi aktiviti lain yang anda boleh buat di sini...
Untuk melihat kelip-kelip, bayaran yang dikenakan hanya RM15 seorang...
Tapi memang berbaloilah wang yang anda keluarkan tu... :)

Itu saja untuk hari ini...
Lepas ni saya akan kongsikan apa yang ada di Mini Zoo Kemaman pulak... :)

1 comment:

nadiazakaria said...

nnt bwk org weh. nk p.