InstaMe

Wednesday, February 23, 2011

"Kenapakah kau dicipta Allah menjadi manusia. Bukankah kau lebih baik menjadi haiwan ?"

Salam semua,

Hari nak cerita satu cerita sedih kepada anda semua...
Cerita yang boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua..
Kisah tentang keruntuhan moral seorang manusia dan kasih sayang ibu terhadap anaknya...
Aku tak tahulah kalao ada sapa yang dengaq cerita ni, langsung tak ada apa2 perasaan padanya...
Kalao ada di antara hangpa yang takdak rasa macam tu, baiklah muhasabah diri balik...
Sebelum menjadi manusia tanpa perasaan kasih dan sayang...

Pagi itu tiba2 tingkap bilikku diketuk Mama...
Katanya Anak popo, seekor anak kucing yang baru berusia dua bulan dilanggar oleh Abahku...
Aku bingkas bangun lalu bergegas ke porch belakang...
Aku lihat terbaring seekor anak kucing dengan tangan berlumuran darah...
Aku amati betul2 dadanya...

"Masih ada nafas...Mama, dia hidup lagi...Macam mana ni...?"

Jeritku kepada mama...
Setelah abah dan mama keluar, aku periksa sekali lagi anak kucing malang itu...
Tiada apa2 kesan seperti digilis tayar kereta...
Nafasnya masih lagi naik turun walaupun lemah...
Aku pusingkan badannya untuk melihat dengan lebih dekat lagi apa kecederaannya...

"Pelik, kalao betoi kena langgaq dengan abah, kenapa tangan saja yang luka...? Mustahil..."

Aku berkikir lagi...
Masakan seekor anak kucing digilis MPV yang beratnya beribu2 kali ganda dari berat badannya, tiada sedikitpun kecederaan dalaman..
Dalam pengamatan aku selama ini, jika benar ia digilis tayar kereta, sudah tentu habis terburai isi perut anak kucing itu..

Kulihat lagi anak kucing malang itu...
Ya Allah, mana lagi separuh kakinya...?
Hanya tinggal separuh...
Berlumuran darah...
Malah aku boleh melihat dengan jelas tulangnya...
Nafasnya masih normal..
Ia cuba untuk bangun...
Aku memindahkannya ke dalam bekas plastik...
Aku cuba mencari Iodin dan Alkohol untuk mencuci luka anak kucing malang itu...
Malangnya, tiada...

Aku rasa amat bersalah kerana tidak dapat membantu anak kucing malang itu...
Pengalamanku bekerja dengan binatang selama bertahun2 membuatkan aku tidak bisa duduk senang melihat keadaan anak kucing malang itu...
Aku harus berbuat sesuatu...

Akhirnya aku hanya mampu menuangkan minyak gamat pada lukanya...
Kerana dari pengalaman sebelum ini, minyak gamat sememangnya baik untuk luka pada kucing...
Setiap jam aku akan melihat keadaannya...
Sayu hatiku melihat mulutnya yang sudah keras, badannya yang makin sejuk...
Hanya menunggu ajal sampai...
Aku berjanji pada diriku sendiri, jika dia mampu untuk hidup sampai ke petang, akan aku belikan semua yang aku perlukan untuk merawat lukanya...

Namun apakan daya, hayatnya tidak lama...
Anak kucing malang itu meninggal dunia sebelum aku sempat keluar...
Berakhirlah penderitaan seekor anak kucing yang aku sendiri tidak tahu dari bila...
Alhamdulillah, akhirnya seksanya berakhir...
Dan kembalinya dia kepada penciptaNya tanpa ada dosa, bukan seperti kita manusia yang penuh dengan dosa dan salah...

Kisahnya tidak berakhir di situ...
Apabila aku keluar dari rumah, tiba2 muncul ibu anak kucing malang itu..
Berlari-lari sambil menggonggong sesuatu...
Aku amati apa yang dibawa dalam mulutnya itu...
Hatiku amat tersentuh bila melihat apa yang dibawanya...

"Masya Allah, tangan anak dia..!"

Aku menjerit kepada Mama...
Aku cuba mengambil tangan itu darinya...
Tapi ibu kucing itu tidak mahu melepaskannya...
Dia berlari2 ke arah tubuh anaknya yang sudah tidak bernyawa...
Sehingga aku terpaksa menutup kedua2 telinganya barulah dia melepaskan separuh lagi tangan anaknya yang pada mulanya aku percayai hancur itu...

Air mataku bergenang bila melihat keadaan kaki yang masih elok...
Tiada tanda2 seperti ianya digilis...
Yang paling menyayat hati, aku dapati bahawa kaki anak kucing malang itu sememangnya dipotong...
Sama seperti telahan aku dari awal lagi bahawa kakinya bukan digilis, tetapi dipotong...

Ya Allah,
Makhluk apakah yang sanggup memperlakukan seekor anak kucing yang tak berdosa seperti ini...?
Air mataku mengalir tanpa sedar bila memikirkan betapa seksanya derita yang anak kucing malang itu terpaksa tanggung sebelum menemui ajalnya...
Betapa kasihnya seekor ibu kucing yang sanggup mencari kaki anaknya yang hilang dan mahu mengembalikannya kepada anaknya yang telah mati...

Hati siapa yang tidak tersentuh melihat kejadian ini...?
Ketika aku menulis ini, air mataku masih bergenang...
Memikirkan betapa ceteknya iman dan akal manusia...
Yang sanggup menganiayai binatang kesayangan Rasulullah ini...
Apakah dosa anak kucing malang itu kepada mereka...?
Lebih tersentuh apabila melihat sendiri betapa kasihnya seorang ibu kepada anaknya...
Sedangkan binatang pun masih mempunyai nilai kasih sayang, kenapa bukan kita manusia...?
Sesungguhnya siapa yang melakukan perkara ini tidak layak untuk dipanggil manusia...
Malah, darjatnya bagiku adalah lebih rendah dari binatang!

Kepada makhluk yang melakukan perbuatan ini...
Aku doakan agar kau mendapat petunjuk dari Allah...
Dan juga mendapat balasan yang setimpal atas perbuatanmu...
Sesungguhnya ayat di atas itu adalah amat sesuai untukmu...

No comments: