InstaMe

Sunday, February 20, 2011

Mari membuat dadih...

Salam semua,

Semenjak berada di rumah tanpa perkerjaan ni, banyak pulak projek sampingan saya...
Selepas projek agaq2 dan kek buah minggu lepas, hujung minggu ni pulak ada 1 lagi projek...
Ni untuk student mama...

Jom tengok apakah rupa projek minggu ni...

Warna-wani...

Tengok ni rasa macam nak telan semua ja...

Yah, itulah dia...
Terdapat dalam 3 perisa untuk kali ini...
Iaitu Mango, Strawbery, dan Yam...
Resipinya saya ambik dari sini...
Untuk kemudahan student mama, saya paste lagi sekali la resipinya kat sini ye...

Dadih (Mat Gebu Version)

Radas/bahan:
3g Konyaku Jelly Powder
200g gula pasir
100g creamer
100g susu cair
6 cawan air (1 cawan = 250ml)
Strawberry @ mango @ yam paste secukup rasa (selalu pakai dalam 1 sudu ja)

Method:
1. Satukan semua bahan (kecuali perasa pilihan) ke dalam periuk dan kacao dengan whisk.
2. Didihkan dan tapiskan bancuhan ke dalam jag @ apa2 yang sewaktu dengannya.
3. Tambahkan perasa pilihan dan kacao sebati. Rasakan.
4. Tuangkan ke dalam bekas2 kecil dan biarkan sejuk sebelum ditutup. Sejukkan di dalam peti ais untuk rasa yang lebih best.

Itulah dia...
Senang ja nak buat ni...
Kalao anda berkesempatan, bolehlah melawat ke blog Incik Mat Gebu untuk lebih banyak resipi yang memang boleh buat ayaq liuq meleleh...
Hehehe...

No comments: