Salam semua,
Dan salam buat teman baikku yang dah tak jauh dah la ni...
Hehe...
10 minit ja dari rumah aku...
Malam tu kita gayut...
Rasa macam dulu-dulu ja...
Aku sanggup beli telefon lain, tarik wayar sampai dalam bilik...
Semata2 nak gayut dengan ang dan geng2 kita yang lain...
Itu beberapa taun lepas kot...
Rasa macam deja vu pulak malam tu kan...?
Golek2 atas katil, gelak kuat2...
Letak telefon atas telinga tanpa perlu pegang dengan tangan...
Cuma yang lainnya sampai sekerat jalan, aku kena cas henfon...
Ya, kita dah maju sebab kali ni kita pakai henfon...
Panas telinga aku tao...
Nasib baik tak tertidoq sambil pegang henfon macam selalu aku wat kat Sepon...
Pehtu bila kena jerkah wat2 macam dengaq ja apa dia dok bebel sebelum tu sambil kata...
"O...macam tu ka..?"
(Ampun Sepon...aku memang ngantuk gilo time tu...)
Apa yang kita bincangkan waktu tu sampai kita sanggup tak tidoq...?
Walhal esoknya ang keja...
Dan aku kena buat kueh antaq ke sekolah mak aku...
Entah kenapa aku memang rasakan yang kita memang patut jadi besfren fo eva...
Boleh dikatakan setiap benda yang berlaku kat ang...
Akan jadi kat aku jugak...
Cuma part aku kawen, dan ang belom tu ja yang buat aku musykil...
Macam mana aku bleh terlebih di situ...
Bagusnya bila semua tu jadi serentak kepada kita, maka kita ada satu sama lain...
Ada tempat untuk berkongsi cerita dan pendapat...
Kali ni kita bercakap tentang EX...
(Bukan Viva EX ye...)
Ya, ex kita masing2...
Yang tiba2 muncul entah dari mana...
(Yang berjaya membuatkan aku rasa bersalah gilo kepada Habi...)
Tapi hari ni bukan aku nak bincangkan tentang apa jadi kepada kita...
(Buat apa mahu membuka pekung di dada dan mengaibkan orang lain..?)
Perbincangan kita malam itu membuatkan aku terfikir...
Apa ada pada EX ni...?
(lagi sekali, bukan Viva EX...)
Kenapa kita amat takut dengan perkataan tersebut...?
Kenapa kita takut dengan orang yang membawa title tersebut...?
Adakah itu kerana kita seperti takut dengan bayang2 sendiri...
Di sini aku ingin bertanya,
Dalam kita semua yang membaca ini...
Jika anda ada ex, berapa ramai yang akan menjadi stalker kepada golongan ex ini selepas break...?
Haha, jangan tipu la kalao tak dak kan...?
Mesti la kita akan senyap2 mengintip...
Hanya untuk mengetahui sesuatu, iaitu:
"Is he/she doing better than me..?"
"How's he/she doing without me..?
Then, bila kita dapat tao dia ada yang baru...
lagilah kita nak tengok kan...?
"Adakah awek/pakwe dia lagi cantik/hensem dari aku...?"
"Adakah awek/pakwe dia keja lagi bagus dari aku...?"
"Adakah awek/pakwe dia lagi kaya dari aku...?"
Atao pun,
"Adakah awek/pakwe dia lagi gemuk dari aku..?"
(Gila keji habaq hang...haha...)
Tapi di sebalik semua itu, apa yang kita dapat...?
Kalao ye pun dia lagi bagus, lagi cantik, lagi kaya, lagi dapat banyak duit dari kita...
Apa yang kita boleh buat...?
Rezeki masing2 adalah dari Allah...
Kita tak layak nak cakap...
"He/she doesn't deserve that..."
Paling teruk kalao kita asyik mendoakan keburukan ke atas mereka...
Apa la yang kita dapat kan...?
Kalao hati puas pun, sampai berapa lama ja...?
Sebab lepas tu kita akan berpijak di bumi yang nyata balik...
Berhadapan dengan hidup kita...
Yang selalunya bukan fairytale pun...
Itu satu hal...
Kalao si dia pulak tak bernasib baik dari kita, kenapa kita perlu rasa puas hati...?
Kalao sekarang sememangnya kita lebih segala-galanya dari dia, janganlah kita riak...
Sebab kita kena percaya bahawa dunia ini bulat...
Kalao sekarang kita ada semuanya, tak mustahil kalao Tuhan nak tarik, semuanya akan hilang sekelip mata...
Jadi, kita tak sepatutnya mendabik dada, berkata bahawa kita telah menang...
Sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku kepada kita esok, mungkin sejam selepas ini, ataopun beberapa minit selepas ini...
Kenapa perlu wujudkan persaingan tersebut...?
Adakah hanya untuk menunjukkan kepada si dia bahawa anda lagi bagus, dan dia rugi kerana meninggalkan anda...?
Bukankah setiap manusia telah diciptakan berpasang-pasangan...?
Jika bukan dia, silalah terima hakikat bahawa dia bukan pasangan terbaik untuk anda..
Bukankah lebih senang dan tenang begitu...?
Memang pada mulanya agak sukar untuk menerima hakikat...
Tapi percayalah, masa akan mengubah segalanya...
Dan akan tiba suatu masa anda akan berfikir...
"Sebab itulah kami tidak diciptakan bersama...Ada hikmahnya..."
Sebab aku sendiri pun telah melalui perkara yang sama...
Dan berjaya mengharunginya...
Dan kau juga sahabat...
Dulu aku selalu jeles tengok kamu dan ex kamu yang pertama itu...
Masih lagi boleh keluar bersama2 dan makan Big Apple bersama2...
Pi jalan2 kat 'taman adik abang' sama2...
Merayao2 kat aloq staq sama2...
(Ke yang tu memang tak kira ex pertama kamu..?)
Jadi, kesimpulannya di sini...
Biaq la apa pun yang ex anda pernah buat kat anda...
Anggaplah itu satu pengajaran...
Semua tu dah lepas...
Yang penting sekarang, masing2 bahagia...
Tak payah lah nak gaduh2, sumpah2 lagi...
(Kang jadi sesumpah baru tao...besa ni sumpah2 orang..tampaq baru tao...*gaya cakap ngan Omok...)
Tapi kan, kalao ada 1 pihak tak bahagia macam mana...?
Oh, kena buat entri lain la ye...
Hihi...
Tungguuu...
Ada lagi kisah selepas ini...
Kalao rajin nak tulis la ye...
Babai~
No comments:
Post a Comment