InstaMe

Thursday, April 7, 2011

Mari Berjalan-jalan di kedah...

Salam semua,

Penatnya...
Tadi baru mencipta 1 rekod baru...
Iaitu mendrill dinding sendiri...
Dah la salah guna mata drill...
Haishh...
Wat malu kat Abah ja...

Bila dah siap gantung rak semua ni, maka siaplah tempat bekerja @ work station saya kat bilik...
Sebelum ni susah la...
Sebab kalao nak online ka, tulis blog ka, semua buat atas katil...
Sakit belakang...
Tak baik untuk kesihatan...
Dan tak baik jugak untuk laptop...

Part work station tu kita tangguh dulu la ye...
Sir Habi suruh post gambaq...
Dia nak tengok hasil...
Tapi esok la ye...
Malas lagi nak ambik gambaq malam2 ni...
Hehehe...

hari saya nak cerita tentang tempat2 menarik kat Aloq Setaq....
Kot2 la ada di antara anda yang nak berjalan2 kat Aloq setaq ni, tapi tak dak idea nak pi mana...
Maka, kat sini saya nak mencadangkan dua tempat yang boleh anda lawati...

Yang pertama.

Menara Aloq Setaq...

Menara ni kalao tak silap saya yang ke 21 tertinggi di dunia...
Dan yang ketiga tertinggi kat Melesia selepas Menara Kuala Lumpur dan KLCC...
Tingginya ialah 165 m (541 ft)...
Menara ini jugak dipanggil Menara Telekom sebab ia dibina untuk Telekom Malaysia...
Selain daripada kita boleh naik dan menikmati pemandangan dari atas menara, kat bawah menara ni jugak ada taman rekreasi, siap ada taman permainan lagi untuk kanak2...
Kat tingkat atas pulak ada restoran berputar...
Harga untuk naik ke menara ni ialah RM3 untuk kanak2 dan RM6 untuk dewasa...

Hari tu saya bersama anak2 sedara BFF pi jalan2 kat menara ni...
Best jugak melayan karenah dua orang budak comel ni...
Jom tengok gambaq...

Ketua rombongan, Anjang dan Auntie Ude...

Saranghae...Kak Long dan Wawa...

Hai, nama saya Wawa...

Selain daripada tu, waktu godak2 koleksi gambaq hari tu, terjumpak plak gambaq ni...


Rasa macam kaver album KRU ja...
Hahaha...
Ni kalao tak silap sehari selepas akad nikah kami dulu...
Kitaorang ramai2 pi jalan2...
Sampai ke Bukit Kayu hitam...
Hehe...

Ni ada gambaq menaranya...



Selain daripada tu, ada 1 lagi tempat yang anda boleh lawat kat Aloq Setaq ni...
Tapi kena pi waktu malam ja...
Tempat ni bolehlah dipanggil sebagai...

Mini i-City

Walaopun tak sebesaq i-City sebenaq kat Shah Alam tu, tapi kalao bawak budak2 memang depa akan suka la tengok lampu2 tu...
Tempatnya jugak strategik iaitu berhampiran dengan bangunan2 bersejarah Kedah...
Iaitu Masjid Zahir, Kompleks Mahkamah Lama, Balai Nobat, dan Balai Seni...
Selalunya malam2 ada jugak aktiviti yang dibuat kat sini...
Jadi bolehlah bawak anak2 jalan2 sambil tengok lampu2...

Tempat ni free ja...
Jadi dah boleh jimat di situ...
Hehehe...

Jom layan gambaq pulak...

Hai, nama saya Bedat...

Bedat lagi...

Rasa macam penah nampak pokok ni kat i-city hr tu...


OK, itu saja untuk kali ni...
Sekian, terima kasih.. :D

No comments: