Salam semua,
Sempena kepulangan Sir Habi tempoh hari...
Sibuklah kami menunaikan segala permintaan beliao...
Dah macam orang mengidam plak lagaknya...
Antara salah satu permintaan beliao ialah nak makan udang lipan...
Jenuh gak la cari udang tu...
Malam sebelum tu beli kat pasar malam...
Tapi malangnya udang lipan tersebut agak kureng tahap ke fresh annya...
Maka, esoknya kami pun sanggup pi sampai ke Kuala Kedah...
Nama tempat tu ialah Kubang Rotan...
Ya Allah, boleh gila saya dibuatnya...
Tengok ikan yang tegedik2 baru naik...
Udang besaq2...
Semua fresh la..
Sampai rasa macam nak beli semua ikan bawak balik...
Dah la harganya murah gilo...
Mana lagi nak dapat ikan temenung (baca:kembung) yang harga sekilo RM2 kat tempat lain...?
Kalao beli 2 kg harga dia RM3 ja...
Memang rasa nak borong semua...
Kononnya nak pusing2 dulu...
Tamak lah kan...
Padahal dah jumpak dah udang lipan tersebut...
Alih2 bila nak pegi gerai tu, dah abeh...
Agak kecewa kami....
Tapi kalao dah namanya rezeki, memang tak disangka2...
Tiba2 dalam perjalanan pulang, kami terjumpak dengan 1 gerai ni yang juai udang lipan semata-mata...
Hah, ambek...
Pilih ja nak besaq mana, semua ada...
Apa lagi, kami pun memborong sakan la...
Beli sekali untuk nak buat steambot malam esoknya...
Kalao anda semua tak pernah tengok udang lipan, macam ni la rupanya...
Sori la, ada gambaq yang dah dimasak ja...
Huhu...
Nak dijadikan cerita, hari tu kami bawak kamera, tapi lupa letak bateri...
Memang takdak rezeki nak ambik gambaq...
Ada 2 3 keping yang diambik guna kamera henpon Sir Habi, tapi lupa plak nak transfer masuk dalam laptop...
Maka itu ja la yang mampu ditunjukkan untuk masa ni...
Udang lipan ni jugak ada cara tersendiri nak siangkan dia...
Kita kena potong bahagian hujung kedua2 belah udang tersebut...
Kalao nak senang potong, masukkan dulu dalam peti sejuk, bagi udang keras sedikit...
Guna gunting untuk potong bahagian tersebut...
Boleh jugak kalao nak belah belakang udang...
Supaya senang nak keluarkan isinya...
Baiklah, tanpa berlengah lagi, mai kita tengok resipi...
Udang Lipan Masak Cili Padi
Radas/bahan:
5 ulas bawang putih
7 - 9 biji cili padi (ikut suka, kalao suka pedas, letak banyak.)
2 batang serai - dititik
Air limao nipis (secukup rasa)
Garam jika perlu
Minyak untuk menumis
Method:
1. Tumbuk bawang putih dan cili padi sampai agak2 lumat.
2. Tumiskan bersama serai sehingga naik bau.
3. Masukkan udang dan tunggu sehingga keluar air.
4. Tunggu hingga mendidih. jika tak mao kuah banyak, boleh tunggu sampai agak kering kuahnya. Rasakan masin, kalao kurang masin, tambah garam. (Selalunya tak payah tambah garam.)
5. Masukkan air limao nipis dan rasa. Adjust rasa ikut kesukaan sendiri.
6. Angkat dan hidangkan.
Ha, sangat senang kan...?
Tapi rasa dia memang best la..
Sekilo udang memang tak cukup...
Banyak ratah dari yang makan dengan nasik...
Kalao tak percaya, cubalah...!
Memang berbaloi...
Hehe...
No comments:
Post a Comment