InstaMe

Wednesday, August 17, 2011

54 tahun...


Anak Abah...
Itu gelaranku sedari bayi...
Sememangnya wajahku amat mirip dengan rupanya...

Anak Pok Ya...
Semua bilang wajahku tidak secantik mana...
Kerana aku adalah jelmaan beliao dalam versi perempuan....

Tapi aku bangga...
Aku bangga dengan semua gelaran itu...
Kerana aku bangga menjadi zuriatnya...

27 tahun aku di dunia...
Aku dihidangkan dengan memori yang bisa membuatku tersenyum sendirian...
Mahupun menangis sendirian...

Aku membesar di ribaannya...
Memegang stering di kala masih bayi...
Berak kencing di dalam pangkuannya...

Masih segar di ingatan...
Pura2 tidur di depan televisyen...
Semata2 mahu beliao mendokong ke katil...

Bila di sekolah, mesti mendapatakan nombor bagus...
Semata2 mahu naik ke pentas...
Dan menerima hadiah darinya...

Memori yang bisa membuatkan aku menitiskan air mata...
Berjalan beriringan dalam hujan lebat sambil dipayunginya ke pintu bas...
Tak dapat menahan sebak dalam perjalanan ke sekolah...

Ataupun ketika pagi PMR...
Melepasi pagar sekolah di dalam toyota lama bersamanya...
Leher berbalut, mata berjahit, masih mampu menghantar anak perempuannya yang seorang itu...

Puas hatiku bila dapat dihadiahkan...
Sebanyak mana A yang mampu...
Segenggam ijazah yang berjaya mengukir senyum di wajahnya...

Namun semua itu masih belum menandingi...
Kasih dan sayangnya...
Pengorbanan dan keringat yang dicurahkan...

Biar segarang mana sikapnya..
Biar sebanyak mana parut rotannya...
Namun kasih sayangnya tidak dapat ditandingi...

Terima kasih Abah...
Kerana mendidikku...
Untuk menjadi seorang 'manusia'...

Selamat hari lahir...
54 tahun yang bermakna...
Seindah kemerdekaan negara kita...
Semoga sentiasa dilimpahi rahmat dari-Nya...

Aminn...

Inilah Abah saya... :)

Setiap kali tengok gambaq ni, mesti rasa sebak...


Ni gambaq terbaru masa umrah hari tu...




No comments: