InstaMe

Monday, October 3, 2011

Blogger MasterChef Yang Pertama

Salam semua,

Wah2 tajuk memang tak bleh blah kan...?
Memang pun...
Walopun saya tak terpilih untuk masuk Top 40 Masterchef...
Tapi masih ada peluang lagi rupanya...

Apa kata saya cuba untuk Blogger Masterchef pulak kan...?
Haa...

Ok la, mari kita mulakan...

Kenapa saya patut dinobatkan sebagai Blogger Masterchef Yang Pertama..?
Jeng..jeng...jeng...

Jawapan saya ialah kerana saya mempunyai minat yang mendalam tentang makanan dan masakan...
Saya suka memasak dan suka merasa semua jenis masakan...

Saya gemar mencuba pelbagai resipi sama ada dari Internet, TV, atao pun majalah...

Saya juga selalu memasak untuk keluarga, kawan-kawan, malah kawan-kawan kepada adik-adik saya juga menggemari masakan saya...

Saya juga mempunyai blog di mana saya akan kongsikan apa yang saya pelajari atao cuba melalui eksperimen-eksperimen berkaitan makanan dan masakan yang saya jalankan...

Saya suka berkongsi apa yang saya masak bersama pembaca-pembaca blog saya...

Harapan saya agar mereka yang membaca blog saya akan lebih berminat dengan dunia masakan dan akan sentiasa memasak untuk orang-orang tersayang mereka.. :)

Baiklah, untuk resipi kali ini saya akan kongsikan hasil eksperimentasi terbaru saya...

Meatball Bolognaise Fetuccini....
























 










OK, dah tengok resipi...
Apa kata kita borak-borak sebentar mengenai Masterchef...

Tahukah anda bahawa fenomena "Masterchef" sedang menular ke Malaysia?

Jika sebelum ini kita hanya dapat menonton Masterchef US, Masterchef Australia, dan Junior Masterchef Australia di kaca TV, kini kita mampu berbangga kerana kita bakal mempunyai Masterchef Malaysia...

Rancangan realiti masakan ini telah berjaya menarik minat penonton dari seluruh dunia kerana rancangannya bukan hanya memaparkan makanan semata-mata, tetapi pesertanya yang terdiri daripada golongan amatur telah berjaya membuatkan penonton merasa lebih dekat dengan rancangan ini...
Para peserta yang mempunyai minat yang begitu mendalam tentang masakan mempunyai peluang untuk mencuba nasib dalam bidang ini...

Tentu kita terliur melihat hidangan-hidangan yang dipaparkan....
Di samping itu, kadang-kadang komen dari juri juga sangat menarik perhatian...
Jadi, bagaimanakah rupa masakan yang bakal dihidangkan oleh Masterchef Malaysia...?
Bagaimanakah komen-komen dari para juri...?
Siapakah bakal bergelar 'Masterchef Pertama Malaysia'...?

Jadi, jangan lupa saksikan...

Masterchef malaysia...
Bermula 22 Oktober 2011...!

No comments: