InstaMe

Monday, October 3, 2011

Green Apple Bread Butter Pudding...

Salam semua,

Selamat berhujung minggu...
Lama rasanya tak post resipi kat blog ni kan...?
Bukannya dah tak masak ka apa, tapi la ni tengah demam projek lain...
So gambaq makanan bertimbun sebab tak sempat nak post lagi...
Hehehe....

Hari ni nak share 1 resipi la...
Sebenaqnya asalnya resipi ni dari Chef Wan...
Saya ambik kat sini...
Tapi disebabkan saya malas nak salin resipinya...
Jadi saya ingatkan bahan2 yang basic ja, then buat pandai2 sendiri la...
Ikut citarasa saya...
Hehehe...

Maka terhasillah versi yang lain skett dari resipi asal...
Jom tengok apa hasil eksperimen saya kali ni...

Green Apple Bread Butter Puding

Materials:

Inti Epal
3 biji epal hijao - dikupas kulitnya, buang core, then potong 6 atao 8 ikut saiz epal
6 camca besar gula perang
2 camca besar mentega

*Cairkan mentega dan masukkan epal yang dah dipotong bersama dengan gula dan masak sampai epal lembut. (boleh letak serbuk kulit kayu manis kalao suka, saya tak letak sebab Bedat tak suka....)

Puding Roti
3 - 4 keping roti Gardenia - dicarikkan (dasar malas nak potong...Woha!)
1 tin susu cair
6 camca besar gula perang (boleh kurang atao tambah ikut sedap rasa...boleh jugak pakai gula biasa)
1/2 cawan whipping cream
2 biji telur
Sedikit esen vanilla

Methods:
1. Satukan susu cair, gula, whipping cream, dan telur untuk menyediakan kuah kastard. Pukul sebati dengan menggunakan whisk.
2. Dalam loyang pembakar, susunkan roti yang telah dicarikkan, tekan2 sedikit biar mampat.
3. Tuangkan separuh kastard tadi dan potong kecil2 mentega dan taburkan di atas adunan. Biarkan seketika untuk kuah kastard diserap oleh roti.
4. Buatkan 1 lapisan roti lagi dan tuangkan baki kuah kastard. kemudian, tuangkan epal bersama kuahnya ke atas adunan. Letakkan mentega yang dipotong halus untuk melembapkan adunan semasa dibakar.
5. Bakar dalam oven pada suhu 175 darjah sehingga kuah kastard kering dan bahagian atas puding garing.
6. Sedap dihidangkan sama ada sejuk atao panas.

Ok, Jom kita tengok gambaq plak ye....


Rendamkan roti dengan kuah kastard...



Taburkan epal yang telah dimasak ke atas lapisan roti kedua...Jangan lupa butter...



Selepas kuaq dari oven...



Yey, jom makan...


Okess....
Silalah cuba...
Hehehe...



No comments: