InstaMe

Thursday, October 6, 2011

Oktober - Bulan Bahasa kebangsaan & Breast Cancer Awareness Month...



Salam semua...

Tak sangka kan..?
Pejam celik, pejam celik, kita dah sampai ke bulan Oktober...
Setiap tahun pada bulan ini saya akan menggunakan Bahasa Kebangsaan kita dengan tatabahasa yang betul...
(Alamak, kena tukar 'mode' penulisan. Sila guna penanda wacana yang betul.)

Baiklah,
Oleh kerana pada tahun ini saya tidak lagi mempunyai perisian Photoshop (atas kesilapan teknikal), maka saya akan menggunakan logo tahun lepas sahaja.
Tahukah anda bahawa pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun ini akan diadakan pada 13 Oktober, Sabtu di Universiti Teknikal Malaysia, UTEM?
Tema Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun ini ialah:
1Bahasa 1Bangsa 1Negara

Bulan bahasa Kebangsaan ini diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bahasa sebagai wahana perpaduan dan bahasa komunikasi.
Pelbagai aktiviti telah akan diadakan bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan ini, antaranya ialah pertandingan menulis karangan, sayembara deklemasi puisi, dan juga pementasan teater muzikal kanak-kanak.
Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah melawat facebook Bulan Bahasa Kebangsaan di sini.

Oktober juga merupakan Bulan Kesedaran Barah Payudara.
Sudahkah anda membuat pemeriksaan sendiri payudara?

Selain dari itu, Hari Guru Sedunia juga disambut dalam bulan ini iaitu pada 5 Oktober.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat hari guru kepada guru-guru dan bakal guru yang ada di dalam keluarga saya.
Selamat hari guru untuk Mama dan Angah.
Selamat hari guru juga untuk bakal guru, Sir Habi dan Teacher Nadiah. :)

Saya akan menunjukkan sokongan terhadap Bulan Bahasa Kebangsaan tahun ini dengan menggunakan bahasa yang betul di dalam penulisan saya sepanjang bulan Oktober ini.
Selain itu, saya juga akan berkongsi cerpen-cerpen yang dikarang oleh saya sebelum ini.
Harap anda semua terhibur dan mendapat manfaat dari apa yang saya tuliskan di sini.

Sekian sahaja untuk kali ini.
Berjumpa lagi di entri yang seterusnya. :)

No comments: