InstaMe

Friday, October 14, 2011

Salted Caramel Brownies

Salam,

Apa khabar anda semua?

Hari ini saya nak kongsikan 1 lagi resipi yang tak kurang hebatnya.
Minat untuk membuat brownies ini pada mulanya dicetuskan bila saya asyik menonton iklannya di saluran Food Network Asia.
Tak tahan juga melihatnya.
Jadi, apa lagi, saya pun teruslah meng 'google' resipinya.
Maka, terhasillah Salted Caramel Brownies ini.
Resipinya agak mudah untuk dicuba.
Rasanya sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaatlah sedap.
Sememangnya berbaloi untuk dicuba.
Resipi asalnya diambil dari sini.
Untuk sos karamelnya, saya ubah sedikit dari resipi asal.
Saya menggunakan resipi sos karamel dari Chef Micheal Smith kerana ia lebih mudah.

Jom lihat resipinya.

Salted Caramel Brownies
Material:

Untuk brownies:
1 1/4 cawan tepung
1 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko
311g coklat masakan (dark chocolate) - dipotong kasar
226g mentega (unsalted) - dipotong kiub
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan gula perang
5 biji telur (pada suhu bilik)
2 sudu teh ekstrak vanila

Untuk sos karamel:
2 sudu besar air
1 cawan gula
1/2 cawan heavy cream
2 sudu besar mentega

*Masukkan air ke dalam periuk dan tuang gula di tengah2 periuk. Masak dengan api sederhana. Jangan kacau sehingga gula mula bertukar warna. Setelah gula berwarna perang, masukkan cream dan kacau sebati. (Berhati-hati kerana campuran akan membuak sedikit pada mulanya). Setelah agak pekat, masukkan mentega dan kacau sebati. Ketepikan.

Method:
1. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan tepung, serbuk koko, dan garam. Gaulkan sehingga sebati menggunakan 'whisk'.
2. Sediakan kukusan air dengan 1 mangkuk tahan panas dia atasnya. Cairkan mentega dan coklat masakan. Kacau sekali sekala sehingga cair sepenuhnya dan sebati.
3. Tutupkan api dan biarkan mangkuk di atas kukusan air. Masukkan kedua-dua jenis gula dan kacau lagi sehingga sebati dan alihkan mangkuk dari kukusan.
4. Masukkan 2 biji telur dan kacau sehingga sebati. Masukkan baki telur dan kacau lagi. Tambahkan ekstrak vanila dan kacau sedikit. Jangan terlebih kacau kerana adunan mungkin akan menjadi seperti kek nanti.
5. Masukkan adunan tepung dan kaup balik dengan menggunakan spatula sehingga tepung tidak lagi kelihatan.
6. Susun adunan seperti langkah di bawah:


Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang.




Lapiskan dengan sos karamel, mulakan dengan membuat putaran 'zig-zag' dan ratakan.
(Maafkan loyang yang comot tersebut. :D)


Tuangkan baki adunan dan ratakan.
(Makin comot nampaknya loyang. :p)


8. Bakar pada suhu 175 darjah selama 40 - 45 minit. Sejukkan sebelum dipotong. Jika mahu, lebihan sos karamel boleh dituangkan ke atas brownies. Juga enak jika digantikan dengan chocolate ganache.

Senang kan?
Jadi, jom kita tengok hasilnya.



Limpahan karamel di tengah dan atas brownies.


Pandangan atas.


Berbaloi mencuba resipi ini.
Jadi, apa tunggu lagi?
Cubalah ye.
Hehe.






22 comments:

Meh said...

Nyummm..bila x nk rasa yg hg msk.nk hrp aku msk ntah bila.satg bukan aku masak brownies, tgok2 maysa yg dok dalam loyang.huhu.

Ckp psl loyang.loyang hg ada kat aku.huhu.loyang ja la ada,smngat masak mcm hg aku xdak.kui3.

daissylife said...

masakkkkkkkkkkkkkkk utk aku satu loyang ude..hehe

Nurul said...

hahaha...baekkk...
nnt la bla2 aku nk p belah sana, aku bwk kt angpa..

Anonymous said...

ASsalamulaikum...

nak guna loyang saiz baper ye

Nurul said...

wsalam...
untuk ni saya guna loyang 8 inch...
lg cantik if guna loyang segi empat...sng nk potong nnt...

Nurul said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

assalam cik nurul, nak tanya, heavy cream tu cik nurul guna brand apa ya... trima kasih...

Siti Kamariah Nor Saidin said...

Assalam. Yg ni nk guna tepung jenis ape ye?

Nurul said...

Wsalam...slalu sy guna pauls thickened cream...

Nurul said...

Wsalam...Saya guna tepung gandum biasa je... :)

Nurul said...

Wsalam...Saya guna tepung gandum biasa je... :)

Siti Kamariah Nor Saidin said...

Oo ok.. Terima kasih byk2. Ilmu yg sgt2 bermanfaat.

Fazian Batrisyia said...

Tq share. Sy br cuba buat hr ni...sedap...sy ambik resepi ye.

Nadia Sheikh Mohamed said...

As slm...boleh x kalau resepi brownies sy guna yg sy dah ade cuma sy ikut resepi salted caramel dr sini?

Nurul said...

oh, boleh rsnya guna resipi lain...tak salah mencuba kn...? hope nnt boleh share resultnya kat sini... :)

Nurul Farahira said...

Aslmkm aKak. Nak tanye.. salted caramel neh boleh tahan berapa lama?. Kalau duduk luar fridge tahan tak akak?.

Nurul said...

rsnya kalao sehari dua bleh tahan lagi kot...kna masuk dlm bekas kedap udara...slalunya sy simpan dlm fridge ja...n slalu buat xtahan lama pn sbb smua suka ni...habis masuk perut ja...hihi...

Hazwani Izyan said...

Salam. Lebihan sos karamel tu kena tuang sebelum atau selepas kita bakar?

Nurul said...

Boleh kalao nk tuang sebelum bakar...tp bg saya, kalao ltk lepas bakar lg best...

siti nurul farahin said...

salam akk, sy nak tnye heavy cream tu mcm mana? biase beli kt mana ye?

Nurul said...

Dkt supermarket pn ada...mcm tesco, giant, or aeon...dia mmg ada tulis cooking cream, heavy cream...ada mcm2 jenama mcm emborg, pauls, anchor...xpn tgk yg ada tulis whipping cream...

Nurul said...

Dkt supermarket pn ada...mcm tesco, giant, or aeon...dia mmg ada tulis cooking cream, heavy cream...ada mcm2 jenama mcm emborg, pauls, anchor...xpn tgk yg ada tulis whipping cream...