InstaMe

Showing posts with label Happy Days. Show all posts
Showing posts with label Happy Days. Show all posts

Tuesday, June 10, 2014

Yang Kedua...

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah...
Kembali lagi saya di sini...
9 bulan yang sungguh mencabar...
Akhirnya tibalah putera yang dinanti...

Inilah putera kedua kami...





Uqayl Rayyan bin Ruzalizam

Dilahirkan pada 13 Mei 2014, jam 11.01 pagi...
Alhamdulillah, bertambah lagi ahli keluarga kami...
Semoga Uqayl akan membesar menjadi anak yang soleh, penyejuk mata, permata hati Ummi dan Bapak...
Aminnn...


**********************
Sekarang saya dalam fasa berpantang lagi...
Mungkin akan penuh post2 baru di sini nanti...
Almaklumlah, tak dak keja lain nak buat... :p
Hehehe...


Daaa~

Monday, November 18, 2013

He's one...!

Salam semua,

Dah berapa bulan rupanya saya x post sesuatu kt sini...
Nak cerita pasal birthday anak teruna kami pun xsempat lg...
Hehehe...

Bukan apa...
Sekarang ni tengah bergelut dengan morning sickness...
Yeah...Ray akan dapat adik xlama lagi...
In Sha Allah...
Doakan kami ye... :)

Hari ni nak share gambaq2 waktu birthday party Umair Rayhan 2 bln lepas...
Hehehe...
Macam biasa...
Semua benda Omma dia masak sendiri...
Tapi banyak jugak benda tak sempat nak snap...
Sebab semua orang pun busy melayan tetamu...

Jadi kita layan mana yang ada ja la ye...

Tema kami kali ni ialah Cars Disney...
So star dia memang Lightening McQueen la kn...
Menu hari tu ialah bihun soto, pulut kuning dengan gulai ayam, bihun goreng, putu mayong, dan dessert yang sodappp...

Kek hasil tangan sendiri...
Carrot cake dengan cream cheese topping...


Birthday boy nak potong kek..


Antara favours yang disediakan untuk tetamu...
Biskut lidah kucing dan butter cookies special version...
Hehehe...
Kali ni Omma try guna cd sleeve plak untuk letak semua goodies kami...
 

Ni la butter cookies special tu...
Ada nama birthday boy lagi... :D


Ni plak yang tulis panjang skett...


Ni dessert untuk hari tu...
Memang licin...
Blueberry cheesetart dengan pavlova...


Ada choc fountain jugak...
Tapi serius...xsempat nak snap gambaq dengan bahan2...
Sebab asai letak ja licin...
Makanya tinggai gambaq fountain ja la...


Ini plak goodies bags untuk kawan2 Omma...
Dalam dia ada cake in a jar...
Ada yang ada mineral water...
Tapi xdan snap gambaq pownnn...
Haishhh...


Yah, begitulah cerita birthday party pertama Ray...
Terima kasih kepada semua tetamu yang datang...
Memang tak rancang nak buat besar-besaran sebab time ni Omma memang dah start mabuk...
Jadi terbatas la skett pergerakan...
Dah asyik baring ja...
Memang xmampu la nak buat besaq2...
Tak pa la...
Yang penting keberkatan tu yang kita nak...
Kita kongsi sama2 kegembiraan dengan jamu orang makan...
Bila semua tetamu aminkan doa yang Wan bacakan...
Memang sebak jugak rasa...

Omma dan Bapak sentiasa doakan agar Ray jadi anak yang soleh, taat perintah agama dan ibu bapak..
Dan semoga Ray akan berjaya di dunia dan akhirat...
Aminnnn...

Friday, September 13, 2013

Pasca Raya..

Salam semua,

Wah, dah habis 30 Syawal baru ada masa nak update blog...
Memang sangat busy nampaknya Ray Omma ni... :D

Nak wish selamat hari raya pun dah lambat sangat rasanya...
Hehe...

Layan gambaq saja la ye...
Taun ni giliran kami beraya di Johor...
Memang sangat teruja sebab pertama kali beraya bersama anak...
Kiranya semua persiapan pun memang untuk anak ja...

Tahun ni jugak order kuih raya melimpah ruah...
Memang tak menang tangan dibuatnya...
Boleh kata setiap malam akan berjaga sampai pagi untuk baking...
Tapi Alhamdulillah, hasilnya memang berbaloi... :)

Tahun ini jugak saya dah berjaya buat ni...
Haha...Bangga gilo kot...


Alhamdulillah, 
Tahun ni ketupat ni pun menjadi...
Memang hot stuff la...hehehe...


Setiap kali raya mesti saya akn ingat pengalaman pertama kali beraya dengan mertua...
Dah la ketupat palas yang dibuat lembik, masak kuah lodeh untuk dihantar kat jiran2 pun boleh terlupa letak garam...
Punya la berdebaq nak raya dengan famili baru...
Semua pun serba tak kena...
Hahaha...

Tapi taun ni dah rileks skett...
Alhamdulillah, dapat lagi kami beraya bersama taun ni...

Namun dalam kegembiraan dan kemeriahan, hati kadang2 terusik jugak bila terkenangkan arwah adik saya..


Tahun ni taun pertama kami beraya tanpa arwah di sisi...
Tahun lepas kami kehilangan dua ahli keluarga...
Arwah Pak Ndak saya akibat pendarahan otak dan arwah adik akibat kemalangan...
Lepas raya pulak kami dikejutkan lagi dengan kehilangan Pak Ngah saya akibat jangkitan kuman...
Sememangnya tahun ini merupaka tahun yang penuh ujian untuk kami semua...
Semua harus kami terima dengan redha...
Al-Fatihah kepada mereka yang telah kembali kepada Nya...

Apa2 pun hidup mesti diteruskan...
Jom layan gambaq raya kami taun ni... :)









Eh, ni gambaq terbaru Umair Rayhan...
Semalam buat aktiviti mewarna dengan beliao...
Hehehe...sampai macam ni ha jadinya...



Daaa ~



Wednesday, November 30, 2011

Mood Anniversary lagi...

Salam semua,

Semalam, cukuplah dua tahun saya dan Sir Habi bersama sebagai suami isteri.
Sayangnya, tahun ni kami tak dapat nak sambut sama-sama.
Sebab beliao masih lagi di JB.
Menunggu interview.

Kalao semalam saya uploadkan video hasil nukilan saya,
Hari ni saya nak tunjukkan apa yang dibuat oleh Sir Habi.

Rupa-rupanya untuk tahun ini, kami berdua ada idea yang sama untuk menunjukkan rasa cinta masing-masing.
Cuma bezanya saya gunakan gambaq kaku (still) dan Habi gunakan video.
Tapi hasilnya tetap video sempena ulangtahun perkahwinan kami.

Tapi tu la kan...
Habi saya lagi romantik dari saya.
Jadi, smua orang pn cakap video dia lagi menyentuh perasaan.
Ya, saya memang 'kureng' bab-bab feeling ni..
Hehe.

Memang diakui la, setiap kali tengok video akad nikah, memang akan tersentuh.
Sebab akad nikah ni dijalankan di rumah.
Walaopun undang2 baru kat Kedah, semua akad nikah mesti buat kat masjid.
Saya pun tak tao macam mana saya boleh terlepas.
Memang saya agak ralat bila kena buat di masjid.
Bukan tidak mahu ambik berkatnya.
Tapi saya rasa lebih 'feel' kalao dibuat dirumah.
Kerana di situ saya membesar.
Maka saya rasa ia akan lebih bermakna jika saya 'diambil orang' juga di rumah itu.
Lagipun masa yang dipilih juga ada simboliknya.
11 pagi, masa saya lahir, dan juga masa Abah 'menyerahkan' saya kepada Habi.
Kiranya saya amat beruntung sebab impian saya untuk majlis akad nikah ni tercapai.
Alhamdulillah.

Part yang paling lawak ialah bila Abah tersalah sebut nama Habi.
Memang semua orang tergelak la.
Dan nasib baik jugak la part saya meraung-raung time salam dengan Abah, bateri kamera tiba-tiba abeh.
Kalao tak, memang lagi menyentuh la.
Malu pun ada.
Semua memang dah boleh agak scene tersebut akan berlaku.
Sebab saya memang 'Anak Abah'. :D

OK la, tak mao nak bebel lama2.
Jom la layan video Habi untuk saya pulak.





Tenkiu oppa... :)
Saranghae...

Tuesday, November 29, 2011

2 Tahun yang lalu...



Tiada kata yang bisa kugambarkan...
Tiada daya untukku menghalang...
Tiada apa yang mustahil bagiMu...
Tiada apa yang mampu kuberikan...

Hanya secebis doa dan harapan...
Agar cinta yang Kau anugerahkan...
Segar dan mekar disirami Nur dariMu...

Aku bersyukur atas kurnian ini...
Alhamdulillah...
Syukur...




Tuesday, November 15, 2011

Happy Birthday Bedat!




Salam semua,

November datang lagi.
Tiap2 tahun bulan ini banyak yang perlu diraikan.
Bermula dengan 28 oktober, hari lahir Nadiah.
11 November hari lahir Bedat.
14 November hari lahir Farhana.
Dan 29 November, ulang tahun perkahwinan kami.

Selalunya bila dah banyak macam ni, ianya akan dihimpunkan menjadi 1 majlis saja. (Memang dasar pemalas. :p)
Maka, kali ini hanya ulangtahun Bedat yang disambut pada harinya.
Manakala ulangtahun Habi dan Nadiah disambut sekali.
Kena berjimat.
Hehe.

OK, jom kita tengok apa yang kami buat sempena dengan hari lahir Bedat tahun ini.



Kek kegemaran beliao. Strawberry cheesecake yang hampir hancur akibat kecuaian. Akhirnya kami hancurkan semua untuk dijadikan ais krim ala2 strawberry cheesecake Baskin Robin.


Semua bersepakat untuk membuat bbq ala korea kerana banyak lebihan daging korban.


Bulgogi ala korea.


Dimakan bersama hidangan melayu, Sup tulang.


Bersama dengan kanji atao bubur nasik atao moi.


Oh ya, selain daripada itu, 2 orang sepupu kami juga berkongsi hari lahir pada bulan ini.
Muhammad pada 6 November.
Dan Amirul atao Yon pada 8 November.
Ini adalah kek yang dibuat untuk Yon.
Malangnya, akibat kurang kesabaran, kek ni jadi ala2 kek Halloween...
Itulah padahnya kalao tidak bersabar.
Ganache tak beku lagi dah nak letak aising. :p



Kek ala2 Halloween untuk Yon.


Nasib baiklah bukan order dari orang luar.
Kalao tak, mungkin agak malu.
Kurang fokus akibat tidak berapa sihat.
Sampai hari ini hidung saya masih dipenuhi mukus.
Dan tekak masih lagi terasa perit.
Masih lagi berharap agar saya dapat sembuh seperti sediakala sebelum Sabtu ini.

Chaiyyok...!

Thursday, September 29, 2011

Cerita Rayaku...(Dah basi...)

Salam semua,

Kita rehat dulu la dari cerita kawen Ain...
kali ni saya nak cerita tentang raya saya taun ni...
(Haha..dh lepas sebulan baru nak cerita ye.. :p)

Taun ni merupakan taun pertama saya beraya kat Johor...
Kali ni kami beraya kat kampung Sir Habi kat Muo...

Nama pun pertama kali kan...
Banyak plak memori yang tercipta raya taun ni...
Antara yang paling saya tak boleh lupa ialah saya lupa letak garam dalam kuah lodeh...
Dah la masakan tersebut dah diagihkan kepada orang2 kampung untuk ngunjung petang raya tu...
Memang malu tu takyah nak cakap la..
Memang semua orang pun gelakkan saya...
Entah macam mana bleh lupa pun tak tao...
Tambah2 pulak puasa, maka memang xtao la bahawa kuah lodeh tersebut xrasa apa...
Hehehe....

Esoknya pulak saya nak kena masak ketupat palas...
Almaklumlah orang belah selatan ni jarang yang pernah makan...
Malah ada yang tak pernah tengok pun daun palas tu...
Nasib baik saya dah prepare bawak daun palas dari Kedah...
Memang bersemangat la nak masak ketupat tersebut...
Nak dijadikan cerita, saya tak tao pulak beras tu beras pulut susu...
Maka sukatlah santan macam besa...
Last2 ketupat tu lembik la jadinya...
Adoi, sampai dua kali saya buat...
Yang kali kedua tu pun agak lembik, tapi better skett dari yang mula2 tu la..
Habi pun heran sebab selama dok buat ketupat ni xpernah pulak jadi macam tu...
Ada yang cakap...

"Malu lagi tu ketupat tu, maklumlah ni kan tempat lain...dia xberapa nak jadi la tu..."

Hehehe...
Gelak jer la...
Dalam hati memang malu jugak la...
Nasib baik la boleh makan jugak...

Pengalaman beraya kat Johor adalah sesuatu yang sangat berbeza bagi saya...
Kalao kat umah Mama, selalunya kemeriahan terasa bila orang datang rumah...
Kiranya time raya memang tempat saya kat dapuq ja la...
Tapi kemeriahan kat Johor pulak ialah pergi beraya ke rumah orang...
Ditambah pulak dengan aktiviti marhaban, memang satu pengalaman baru bagi saya...

OK la...
Jom kita layan gambaq plak la...
Kemeriahan raya di Johor...
Hehehe...


Ketupat nasik..Yey, saya dah pandai anyam daun kelapa tu...Walopun masih lagi amatur... :p

Tukang rebus ketupat...

Bawang-bawangan...Macam nak kenduri kan..?


Bestnya tengok ketupat yang dah masak bergantungan macam ni...



Rendang daging hasil ayaq tangan saya dan Sir Habi...

Petang raya pertama...Main dengan gagak..Padahal takut..hehe...

Berjalan2 di raya kedua...

Malamnya sempat lagi bakaq lomang...


Muka sengal raya ketiga...

Rumah pertama yang dikujungi raya ke3...

Esoknya, mengejar itik untuk dijadikan rendang...nyam nyam...

Gambaq famili takdak dalam kamera saya...
Huhu...

Jadi layan gambaq sengal kami je la ye...
Ini ja pun gambaq descent yang ada..
yang len memang xsenonoh...
Tak sesuai untuk tontonan umum...
Hihihi...

Saturday, August 13, 2011

Welcoming a new member in Pok Ya's Family...

Salam peeps,

I'm writing this as I'm feeling soooo excited...
I'm now a proud aunt of a baby boy...
(Gosh, I forgot what's his name...)

Still remember during my school years...
Where I got jealous of my friends...
Because the have cute little nephews and nieces...

As the eldest in my family, everybody would tell me that there's no way I'm gonna have a nephew or niece before having my own child...
I remember telling them...

"It's not impossible..I'll proof u all wrong...Who says I can't get one before getting my own children.?"

And today, Dang!
I am a Maklong...
(Though many won't agree when I want him to call me 'Auntie Long' instead... :p)

That's what we called rezeki...
We don't know how, where, what, or when we're gonna get it...
But it's there...
Allah knows best...

Everybody's started talking...
May be my nephew will be confused...
Why he has to call my children 'kakak' or 'abang' when he is the eldest among them...
Now it got us thinking...
What are we going to tell him...?
But I said, we save it first...
Rite now we just have to enjoy this momment...

The first grandchild in this house...
We are much grateful for this gift...
The baby and mommy is still in the hospital...
Due to some complications...
We are now praying hard that both of them will be blessed and return home safely...
Can't wait to see how he looks like... :)

InsyaAllah, they will be with us in a few days...
Doa and tawakkal is the best that we can do rite now...

And for those reading this...
Please, pray for my my sister's and nephew's health...
May they always will be in Allah's care...
Aminnn....


Sunday, June 12, 2011

Besdey Tok Bedah

Salam semua,

Apa kabaq...?
Lama jugak dah tinggalkan blog ni ye...
Alhamdulillah, mama dan abah dah selamat tiba di tanah air...
Sepanjang depa kat Mekah, saya yang ditugaskan menjaga rumah dan jadi wakil depa untuk kenduri...
Maka tak sempat la nak jenguk2 sangat blog ni...

Pada 4 Jun lepas kami dah selamat meraikan besdey tok yang tercenta...
Kali ni kami semua celebrate kat umah Pak Lim...
Antara juadah yang sempat disediakan ialah makaroni goreng, lasagna, burger, keropok goreng, dan kek karamel...

Jom kita layan gambaq...
Hehehe...

Makaroni goreng...

Lasagna....

Cik Di dan anak-anak...

Maksu dan paksu...

Di mana ada makanan, di situ ada Bedat...

Upacara memotong kek...

Ni baru 1/3 ja dari cucu tok...hehe...

Tahun ni genaplah usia Tok Bedah 70 tahun...
Semoga beliao sentiasa dirahmati dan dipanjangkan umur serta diberi kesihatan yang baik...
Amin....

Thursday, April 7, 2011

Mari Berjalan-jalan di kedah...

Salam semua,

Penatnya...
Tadi baru mencipta 1 rekod baru...
Iaitu mendrill dinding sendiri...
Dah la salah guna mata drill...
Haishh...
Wat malu kat Abah ja...

Bila dah siap gantung rak semua ni, maka siaplah tempat bekerja @ work station saya kat bilik...
Sebelum ni susah la...
Sebab kalao nak online ka, tulis blog ka, semua buat atas katil...
Sakit belakang...
Tak baik untuk kesihatan...
Dan tak baik jugak untuk laptop...

Part work station tu kita tangguh dulu la ye...
Sir Habi suruh post gambaq...
Dia nak tengok hasil...
Tapi esok la ye...
Malas lagi nak ambik gambaq malam2 ni...
Hehehe...

hari saya nak cerita tentang tempat2 menarik kat Aloq Setaq....
Kot2 la ada di antara anda yang nak berjalan2 kat Aloq setaq ni, tapi tak dak idea nak pi mana...
Maka, kat sini saya nak mencadangkan dua tempat yang boleh anda lawati...

Yang pertama.

Menara Aloq Setaq...

Menara ni kalao tak silap saya yang ke 21 tertinggi di dunia...
Dan yang ketiga tertinggi kat Melesia selepas Menara Kuala Lumpur dan KLCC...
Tingginya ialah 165 m (541 ft)...
Menara ini jugak dipanggil Menara Telekom sebab ia dibina untuk Telekom Malaysia...
Selain daripada kita boleh naik dan menikmati pemandangan dari atas menara, kat bawah menara ni jugak ada taman rekreasi, siap ada taman permainan lagi untuk kanak2...
Kat tingkat atas pulak ada restoran berputar...
Harga untuk naik ke menara ni ialah RM3 untuk kanak2 dan RM6 untuk dewasa...

Hari tu saya bersama anak2 sedara BFF pi jalan2 kat menara ni...
Best jugak melayan karenah dua orang budak comel ni...
Jom tengok gambaq...

Ketua rombongan, Anjang dan Auntie Ude...

Saranghae...Kak Long dan Wawa...

Hai, nama saya Wawa...

Selain daripada tu, waktu godak2 koleksi gambaq hari tu, terjumpak plak gambaq ni...


Rasa macam kaver album KRU ja...
Hahaha...
Ni kalao tak silap sehari selepas akad nikah kami dulu...
Kitaorang ramai2 pi jalan2...
Sampai ke Bukit Kayu hitam...
Hehe...

Ni ada gambaq menaranya...



Selain daripada tu, ada 1 lagi tempat yang anda boleh lawat kat Aloq Setaq ni...
Tapi kena pi waktu malam ja...
Tempat ni bolehlah dipanggil sebagai...

Mini i-City

Walaopun tak sebesaq i-City sebenaq kat Shah Alam tu, tapi kalao bawak budak2 memang depa akan suka la tengok lampu2 tu...
Tempatnya jugak strategik iaitu berhampiran dengan bangunan2 bersejarah Kedah...
Iaitu Masjid Zahir, Kompleks Mahkamah Lama, Balai Nobat, dan Balai Seni...
Selalunya malam2 ada jugak aktiviti yang dibuat kat sini...
Jadi bolehlah bawak anak2 jalan2 sambil tengok lampu2...

Tempat ni free ja...
Jadi dah boleh jimat di situ...
Hehehe...

Jom layan gambaq pulak...

Hai, nama saya Bedat...

Bedat lagi...

Rasa macam penah nampak pokok ni kat i-city hr tu...


OK, itu saja untuk kali ni...
Sekian, terima kasih.. :D