InstaMe

Showing posts with label Her dreams. Show all posts
Showing posts with label Her dreams. Show all posts

Monday, October 3, 2011

Blogger MasterChef Yang Pertama

Salam semua,

Wah2 tajuk memang tak bleh blah kan...?
Memang pun...
Walopun saya tak terpilih untuk masuk Top 40 Masterchef...
Tapi masih ada peluang lagi rupanya...

Apa kata saya cuba untuk Blogger Masterchef pulak kan...?
Haa...

Ok la, mari kita mulakan...

Kenapa saya patut dinobatkan sebagai Blogger Masterchef Yang Pertama..?
Jeng..jeng...jeng...

Jawapan saya ialah kerana saya mempunyai minat yang mendalam tentang makanan dan masakan...
Saya suka memasak dan suka merasa semua jenis masakan...

Saya gemar mencuba pelbagai resipi sama ada dari Internet, TV, atao pun majalah...

Saya juga selalu memasak untuk keluarga, kawan-kawan, malah kawan-kawan kepada adik-adik saya juga menggemari masakan saya...

Saya juga mempunyai blog di mana saya akan kongsikan apa yang saya pelajari atao cuba melalui eksperimen-eksperimen berkaitan makanan dan masakan yang saya jalankan...

Saya suka berkongsi apa yang saya masak bersama pembaca-pembaca blog saya...

Harapan saya agar mereka yang membaca blog saya akan lebih berminat dengan dunia masakan dan akan sentiasa memasak untuk orang-orang tersayang mereka.. :)

Baiklah, untuk resipi kali ini saya akan kongsikan hasil eksperimentasi terbaru saya...

Meatball Bolognaise Fetuccini....
























 










OK, dah tengok resipi...
Apa kata kita borak-borak sebentar mengenai Masterchef...

Tahukah anda bahawa fenomena "Masterchef" sedang menular ke Malaysia?

Jika sebelum ini kita hanya dapat menonton Masterchef US, Masterchef Australia, dan Junior Masterchef Australia di kaca TV, kini kita mampu berbangga kerana kita bakal mempunyai Masterchef Malaysia...

Rancangan realiti masakan ini telah berjaya menarik minat penonton dari seluruh dunia kerana rancangannya bukan hanya memaparkan makanan semata-mata, tetapi pesertanya yang terdiri daripada golongan amatur telah berjaya membuatkan penonton merasa lebih dekat dengan rancangan ini...
Para peserta yang mempunyai minat yang begitu mendalam tentang masakan mempunyai peluang untuk mencuba nasib dalam bidang ini...

Tentu kita terliur melihat hidangan-hidangan yang dipaparkan....
Di samping itu, kadang-kadang komen dari juri juga sangat menarik perhatian...
Jadi, bagaimanakah rupa masakan yang bakal dihidangkan oleh Masterchef Malaysia...?
Bagaimanakah komen-komen dari para juri...?
Siapakah bakal bergelar 'Masterchef Pertama Malaysia'...?

Jadi, jangan lupa saksikan...

Masterchef malaysia...
Bermula 22 Oktober 2011...!

Sunday, April 24, 2011

Impian...


Tiada kata dapat menggambarkan...
What a wonderful experience...
Alhamdulillah, syukur... :)

Saturday, April 23, 2011

Perjuangan...


Kepada pembaca blog yang budiman...
Sudilah kiranya mendoakan kejayaan saya hari ini...
Agar saya diberi kekuatan...
Untuk menempuh ujian hari ini....
Amin....

Jasa dan budi kalian amat saya hargai...
Jika bernasib baik, anda akan dapat melihat saya di Saluran
Astro Ria satu hari nanti...
:)

Perjuangan di dapur kini bermula...!

Kepasa semua yang bakal menjalani ujibakat kedua hari ini...
Saya ucapkan selamat berjaya... :)

Berusahalah...!


Saturday, April 9, 2011

Wishlist...

Salam semua,

Sebelum ni dah cerita pasai projek...
Kali ni nak buat harapan dan impian plak la...

Rasanya dah dekat 15 taun gak la saya buat cross stitch ni...
Dari dulu zaman benang baru 8 kupang 1 skein...
Sampai la ni dah boleh sampai RM1.80 1 skein...
Tapi ada lagi kedai yang juai dengan harga RM1.70 dan yang paling murah RM1.50...
Dah la sekarang ni susah nak dapat...

Sampai ada hari tu sorang macik ni tego saya waktu tengah beli benang...
Katanya saya ni spesis terancam dah...
Mana ada orang yang rajin wat benda2 ni semua la ni...
Tapi macik tu may be tak tao saya memang takdak keja lain dah kot...
Sebab tu rajin sangat wat benda ni...
Hihihi...

Ingat lagi dulu mula2 try buat...
Dengan duit pun limited...
Sanggup ikat perut, beli chart yang dah siap dengan benang semua kat kedai...
Gambaq pertama saya adalah bunga2 dalam pasu...
Tapi time tu memang tak dak duit, tak sempat nak framekan...
Last2 hilang macam tu ja hasil pertama saya...
Sayang jugak la sebab sekarang ni susah nak dapat design klasik macam tu...

Lepas tu saya mula buat projek yang kecik2 pulak...
Macam buat gambaq kat kocek apron, wat henfon pouch...
Wat sulam tampal kat bantal...

Bila dah besaq skett, dah banyak duit saya mula beli benang banyak2...
Pinjam buku BFF wat cross stich untuk bantal...
Wat sulaman untuk saprah...
Wat chair back...
Tapi yang chair back tu sayang sangat...
Sebab bila dah moden ni, sofa mana ada bleh wat macam kusyen rotan kita dulu2...
Nak letak mana chair back tu kan...
Last2 hilang macam tu ja...
Sedih gak la bila teringat...

Selama saya bergiat dalam bidang sulam dan cross stitch ni, saya rasa saya punya storage system adalah sangat kuno...
Hahaha...
Sebab saya guna ni ja...

Kotak ubat gigi...

Gigih gilo potong kotak...
Pastu belit balik benang...
Lenguh abeh tangan...

Selalu kalao beli stok ubat gigi, kotak dia akan hilang...
Sebab saya akan ambik dan terus potong...
Hehehe...
Kesian kan...?
Pakai kotak ubat gigi ja simpan benang...
Orang lain dah advance...

Ada yang guna ni...

Kotak pun spesel...
Bobbins pun pakai plastik...
Mana ada kadbod dah...


Kotak saya ni pulak kena share dengan barang2 lain macam manik dan labuci...
Tu pun macam dah tak muat nak masuk benang baru...


Benang yang tak pakai saya letak kat bahagian bawah sekali...
Yang tengah pakai untuk current project akan letak kat atas macam ni...


Senang nak ambik...
Jadi, lepas ni saya berazam nak simpan betoi2 la koleksi benang dan alat2 cross stitch saya ni...

Best jugak tengok benda2 kat bawah ni...
Tapi rasanya macam susah ja nak dapat kat Melesia ni...
Huhu...

Takpa, nama pun wishlist...
Kita berangan ja la dulu ye...


Mungkin kena beli online ja la kot...
Huhuhu...

Monday, November 29, 2010

Makmal baru Saya...

Salam semua,

Hari ni saya nak balas dendam...
Nak tulis semua benda...
Jadi, sabaq ja la ye...

Kami sebenaqnya baru balik dari percutian sempena 1st anniversary kami...
Tapi macam biasa la, bila jalan2 selalunya cari makanan ja...
Selalunya bila ke sebelah KL, kami mesti wajib p tempat2 yang selalu kami pi semata2 nak makan...
Hehehe...
Memang kaki melantak...

Kiranya saya puas hati gak la dengan trip kali ni...
Banyak jugak barang yang kami nak cari berjaya dijumpai...
Ini untuk projek mega yang akan datang...
Tapi tak boleh bagi tao lagi...
Biaq seprais skett... :D

Yang paling penting kali ni saya dapat gak makan Roti John Spesel kat Taman Warisan Pertanian Putrajaya tu...
Selalu asyik tak sempat nak singgah ja...
Kalao anda ada pi makan kat situ, silalah cuba...
Memang best...
Sekali makan, memang nak lagi....

Oh ya, kami jugak ada pi MAHA...
Ok jugak, banyak yang kami dapat kat situ...
Habi pulak seronok ja dapat pokok yang dia dok cari...
Pokok Stevia yang boleh dijadikan pengganti gula...
Dia baru nak semai...
Nanti bila dah tumbuh dengan jayanya, saya akan wat review ye...

OK, kali ni nak cerita pasai projek makmal baru saya plak la...
Dah termelalut plak kat atas tu...
Almaklumlah dah lama cuti dari ber blog ni...

Kalao dulu makmal saya kat hatchery, sampai saya dipanggil 'tuntung'...
Bila dah berenti ni saya dah bertukaq makmal la jadinya...
Oleh itu di sini saya nak memperkenalkan makmal baru saya...


Jeng..jeng...


Seprais...







Nampak tak alas meja tu..?
Tu baru ja siap jait....
Hehehe...

Mama kata kain yang saya beli tu asalnya kain basah ja...
Tapi takpa, janji cantik...
Tak kisah la...

Bilalah boleh dapat makmal idaman seperti ini...
Best kan...?






Untuk anniversary kali ni saya punya wish list adalah Kitchen Aid...
Boleh ka Incik Habi...?
(Wat mata Sin Chan...)
Hehe...

Wednesday, October 20, 2010

Sebelum 30..

Salam semua,

Akhirnya, dapat juga saya menulis. Selama 2 hari selepas pulang dari Johor, saya berhibernasi sebentar untuk menyiapkan beberapa perkara. Kiranya baru hari ini saya mula menggunakan kemudahan internet ini.

Apa yang kami buat di Johor? Aktiviti utama tentulah makan. Hehe. Saya juga berpeluang mengunjungi pasar malam untuk mencari makanan-makanan yang belum pernah saya cuba. Antaranya ialah tauhu bakar. Lain benar tauhu bakar Johor jika dibandingkan dengan tauhu bakar yang pernah saya jumpa di tempat lain.

Selain dari itu, kami juga mengadakan barbeku bersama keluarga mertua. maklumlah, kami jarang-jarang pulang. Sekali-sekala elok juga berkumpul bersama dan yang penting, makan. Ya, makan. Bagi saya, makanan boleh menyatukan insan. Kerana dengan makanan kita akan sama-sama bergotong-royong menyediakan, dan kemudian menikmati makanan tersebut. Itulah nikmatnya. :)

Hujung minggu itu juga saya melawat saudara di sebelah mertua, dan juga menziarahi Atuk yang sedang menjalani Kemoterapi di Hospital Sultanah Aminah. Beliau sedang bertarung dengan kanser. Teringat saya tentang program kesedaran yang sedang saya lakukan ini. Walaupun secara amnya, kempen ini adalah untuk Barah Payudara, saya juga akan pergi lebih jauh untuk membincangkan mengenai kanser atau barah ini dengan skop yang lebih luas.

Kita tinggalkan dulu kisah tentang hujung minggu kami. Nanti saya akan muatkan gambar-gambar semasa di sana. Tetapi masalah utama saya dengan kamera ialah bila makanan sudah terhidang di depan mata, maka kamera tidak lagi berfungsi. Tangan dan mulut sibuk bekerja. Hehe. Mungkin saya perlu lebih serius dalam membuat tugasan berkaitan majlis yang dilimpahi dengan makanan ini.

Apa yang saya mahu ceritakan dalam entri ini adalah tentang perkara yang ingin saya lakukan sebelum usia menjangkau 30 tahun. Antaranya ialah menghasilkan sebuah buku untuk kanak-kanak. Alhamdulillah, saya telah berjaya melakukannya. Ini merupakan percubaan pertama saya untuk menghasilkan buku bergambar tentang aktiviti pemuliharaan yang sudah sebati dengan diri saya.

Bila saya berhenti kerja, itu tidak bermakna apa yang saya buat sebelum ini juga turut terhenti. Saya ingin meneruskan kerja-kerja berkaitan pemuliharaan ini walaupun dengan cara lain. Banyak cara sebenarnya yang boleh kita lakukan untuk menerapkan kesedaran terhadap masyarakat mengenai pentingnya alam sekitar dan spesis-spesis flora dan fauna yang terdapat di dalamnya. Jadi, bila peluang untuk menghasilkan ilustrasi dan layout untuk buku ini terbuka di depan mata, saya tidak teragak-agak untuk menerimanya.

Inilah hasilnya. :)








Percubaan pertama.
Ilustrasi pun masih lagi secara manual. Mungkin bila saya dah dapat menggunakan aplikasi CorelDraw dengan baik, banyak lagi yang mampu dibuat. :) Tapi ini semua takkan dapat direalisasikan tanpa bantuan suami tersayang. Terima kasih. :)




**********************
Hujung minggu ni saya akan ke PJ...
Temuduga untuk WWF...
Doakan saya ya.. :)