InstaMe

Showing posts with label When she cooks. Show all posts
Showing posts with label When she cooks. Show all posts

Tuesday, March 3, 2015

brownies lagi...

Salam semua,

Aduhai...serius rasa sangat rindu nk berbloggging kembali...
Tapi apakan daya, masa sangat2 tak mengizinkan sekarang ni...
Huhuhu...ni pun curi2 masa sambil buat sticker baru untuk kedai...

Lately saya banyak dapat komen untuk post ini...
Sekarang ni saya tengah gila nak mencuba brownies dengan kedutan di atasnya...
Memang rasanya lagi bestt...

Mungkin lepas ni nak try jugak buat brownies yang ada coklat kat dalam tu...
Ok, dah lama rasanya xshare resipi kat sini kn...
So kita mulakan post tahun 2015 dengan resipi ni la...


Brownies


Materials:

115g bittersweet chocolate
6 sudu besar mentega
1/2 cawan tepung serbaguna (all purpose flour)
1/4 sudu teh garam
2 biji telur gred A
1 cawan gula - saya guna gula castor
1 sudu teh esen vanilla

Methods:

1. Cairkan coklat dan mentega dengan kaedah 'double boiling' (letakkan coklat di dalam mangkuk tahan panas dan letakkan mangkuk tersebut di atas periuk dengan air mendidih di dalamnya...hati2, jangan biarkan mangkuk bersentuhan dengan air tersebut...)
2. Ayak tepung dan garam, ketepikan
3. putarkan gula dan telur sehingga gebu
4. Masukkan coklat ke dalam adunan gula dan kacao sebati
5. Kaup balik tepung ke dalam adunan tersebut
6. bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit. Pastikan bahagian dalam brownies masih lagi 'gooey' supaya tak ter 'overbaked' - jangan lupa panaskan oven dulu ye kawan2,,,

Jom tengok gambaq plak...
Untuk menambahkan semangat nk cuba resipi ni...
Hehehe...


Bertambah sedap bila dimakan dengan homemade nutella dan salted caramel... :)


Kedutan yang diidamkan...

Alang2 dah update ni nak letak jugak la gambaq2 kerja2 terbaru saya,,,
Sekarang ni memang tengah gila meroti dan buat kek bunga2...
layan ja laaa...





First time jugak ambik order kek aiskrim ni...
Ais krim perisa jagung dilapisi dengan kek span vanilla...


Untuk macaroon pun dah buat skali packaging untuk door gifts..


Ni plak special request dari kawan lama...
Guna royal icing untuk lukis minions comel tu...
Hehe...



Ok la...
Setakat ni saja la...
Oh ya, nak post gambaq berempat la...
Kot2 ada yang rindu... :P



Yah...
kena tidoq dulu sebab dah nk dekat pukui 3 pagi...
Sat lagi nk kna bangun siapkan order spegeti dari cekgu sekolah Sir Habi...


Daaa~

Friday, July 4, 2014

Thursday, December 8, 2011

Nasi Nanas

Salam semua,

Hari ni nak kongsi resipi baru plak la.
Lepas ni memang akan selalu kongsi resipi la kat sini.
Almaklumlah, Sir Habi dah ada kat umah.
Maka, aktiviti memasak tegar dah bermula balik la.
Hehe.

Baru 2 hari Habi sampai rumah, dah berapa banyak resipi dah dibuat.
Memang membalas dendam betoi la. :D

Sebenaqnya dah lama nak buat nasik ni.
Nasik nanas ni adalah nasik untuk kenduri resepsi kami.
Semua yang merasanya memang teringat2 akan rasanya.
Resipinya tak sempat nak tanya sebab tukang masaknya dah kembali ke rahmatullah tak berapa lama selepas tu.

Hari ni memandangkan ada nanas lebih, maka cubalah buat.
Mana tao menjadi kn.
Tapi resipi kali ni saya ubah sedikit la.
Memandang saffron ada lagi, jadi saya pun masukkan sekali dalam nasik.

Dan hasilnya, memang tak mengecewakan.
Walaopun tak sama macam nasik kenduri kami (sebab kurang masin skett).
Tapi dah dapat tao la serba sedikit basic untuk buat nasik ni.

OK, jangan buang masa lagi,
Jom tengok resipi.

Nasi Nanas

Materials:
3 cawan beras
1 cawan susu cair
1 biji nanas masak (diblend bersama 1 cawan air)
3 ulas bawang merah (1 dimayang, dan selebihnya diblend bersama nanas)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 inchi halia (separuh diblend bersama nanas dan separuh lagi dihiris halus)
1 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
1 batang serai (dititik)
1 helai daun pandan
3 sudu mentega (untuk menumis)
Garam secukup rasa
1/2 sudu kecil saffron (direndam di dalam air panas)

Methods:
1. Cairkan mentega dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan daun pandan sehingga naik bau.
2. Masukkan susucair dan nanas yang telah diblend. Tunggu sehingga mendidih
3. Masukkan saffron dan beras. Tambah air secukupnya dan perasan dengan garam.
4. Masak nasik seperti biasa. Jangan lupa kacao apabila nasiknya dah mula mendidih untuk sekatakan warna dan ramuan dalam nasik.
5. Bila dah masak, angkat dan hidangkan.

Inilah hasilnya,




Kali ni kami makan nasik ni dengan ayam masak apa pun tak tao.
Kiranya resipi baru la ni.
Dan kami semua dah berpakat nak namakan resipi ayam baru saya ni Ayam Masak Ketumbar.
Nanti resipi akan saya post lain ye.

Selamat mencuba!
:D

Tuesday, December 6, 2011

Nasi Saffron

Salam semua,

Hari ni tiba2 ja rasa nk post resipi pulak.
Mula-mula ingat nak letak resipi Burger Ayam Buatan Sendiri.
Tapi ntah tiba2 ja rasa nak buat resipi ni plak.
Jadi, kita masak nasik dulu la hari ni ye.
Burger tu hari lain plak.
Hehe.

OK, sebenaqnya bila nak masak nasik yang ada perasa2 ni, basic dia sama saja.
Mesti ada tumis rempah basah dan kering.
Yang lain tu macam susu cair atao stok ayam atao daging bolehlah tambah untuk bagi rasanya lemak.
Jadi, untuk buat nasik saffron ni pun saya gunakan prinsip yang sama.

Memang dah lama saya berangan nak masak guna saffron ni.
Cuma tak tao nak beli kat mana.
Dan tak tao harga sebenaqnya.
Sebab apa yang saya tao memang saffron ni mahal.
Alih2 bila jumpak ja kat Tesco hari tu, saya pn terus angkut ja la.
Semangat gilo nak cuba.

Oh ya, cakap pasai Tesco.
Baru2 ni saya ada perasan.
Dekat bahagian rempah2 dia ada barang2 baru.
Tak tao la memang dah lama kat situ atao apa.
Mungkin sebelum ni saya tak perasan.

Tapi memang sangat menggoda jiwa tao bekas-bekasnya.
Terlampao tergoda sampai saya beli benda-benda yang agak merapu.
Semata-mata sebab bekas dia cantik.
Nanti nak beli lagi.
Nasib baik saya dah ada bekas rempah sendiri.
Kalao tak memang dah borong semua yang ada kat situ la.
Hehe.


Kalao tak sebab bekasnya comel sangat, mesti saya tak jumpak saffron ni..hehe..

Ok, melalut plak.
Jom tengok resipinya.

Nasi Saffron

Materials:
1 sudu besar saffron (direndam di dalam 3 sudu air panas)
3 cawan beras
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang merah (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 inchi halia (dihiris nipis)
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 helai daun pandan (dicarik dan disimpul)
2 sudu besar mentega (untuk menumis)
Garam secukup rasa

Methods:
1. Cairkan mentega dan tumis bawang serta rempah kering bersama daun pandan sehingga naik bau
2. Masukkan beras yang telah dibasuh dan goreng seketika.
3. Masukkan susu cair dan air secukupnya serta saffron yang telah direndam tadi.
4. Perasakan dengan garam dan masak nasi seperti biasa.

Yah, itu saja.
Dah siap.
Kalao guna rice cooker lagi senang.
Lepas masukkan semua bahan, tekan ja cooking.

Nasik ni enak dimakan bersama rendang, kurma, gulai, atao sambal.
Pendek kata dengan apa pun boleh la.
Hehe.

Jadi, tak rugi kalao mencubanya.
Jom tengok gambaq.



Hari ni saya makan nasik ni bersama sambal ayam.
Abah tambah sampai 3 kali.
Hihi.



Wednesday, November 9, 2011

Kek Pelangi @ Kek Smurf?

Salam semua,

Memandangkan Sir Habi ada di rumah minggu lepas, maka saya mengambil kesempatan ni untuk buatkan kek harijadi untuk beliao.
Walaupun hari lahirnya dah lepas 2 bulan yang lalu.
Hehe...

Apa boleh buat, masa tersebut masih lagi dalam bulan puasa.
Bila berjumpa masa hari raya, kami tak punya masa untuk celebrate pun.
Jadi dah janji dengan beliao, saya akan buatkan kek untuknya masa cuti kali ni.

Mula2 memang dah ada dalam kepala untuk buatkan beliao kek pelangi.
Sebab macam cantik pulak bila tengok.
Oleh kerana kami berdua amat meminati Smurf, maka tak jadi la buat warna2 pelangi yang sebenar.
Jadi, saya gantikan dengan warna biru.

Kita tengok hasilnya dulu la ye.
Kemudian baru tengok resipi.




OK, sekarang kita tengok resipi pulak.
Resipi ni saya ambil dari Martha Stewart.
Tapi dah convert ke gram.


Kek Pelangi

Materials:
225g mentega
465g gula (saya guna 245g sahaja)
5 biji putih telur - suhu bilik
2 sudu teh vanilla extract
375g tepung
4 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
355g susu - suhu bilik
Pewarna biru (lebih baik gunakan gel)

Methods:
1. Ayakkan tepung bersama baking powder dan garam
2. Putar gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit. (Sebab saya pecahkan semua dalam 1 bekas) dan pukul sebati.
3. Masukkan sus dantepung berselang seli sebanyak 3 kali. Bermula dengan tepung dan berakhir dengan tepung.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bekas (ikut berapa banyak lapisan yang anda mahu)
5. Tambahkan pewarna, bermula dengan setitik dan meningkat mengikut bekas.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar sehingga masak. (bila dicucuk, penanda akan keluar dengan bersih)

Untuk filling dengan frostingnya, saya tak gunakan buttercream.
Sebab birthday boy tak suka.
Jadi saya gunakan sos karamel sebagai filling di antara lapisan kek dan chocolate ganache sebagai frostingnya.
Maka, itulah kek birthday Sir habi tahun ni.
Nasib baik beliao suka.
Hehe.

Friday, October 14, 2011

Salted Caramel Brownies

Salam,

Apa khabar anda semua?

Hari ini saya nak kongsikan 1 lagi resipi yang tak kurang hebatnya.
Minat untuk membuat brownies ini pada mulanya dicetuskan bila saya asyik menonton iklannya di saluran Food Network Asia.
Tak tahan juga melihatnya.
Jadi, apa lagi, saya pun teruslah meng 'google' resipinya.
Maka, terhasillah Salted Caramel Brownies ini.
Resipinya agak mudah untuk dicuba.
Rasanya sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaatlah sedap.
Sememangnya berbaloi untuk dicuba.
Resipi asalnya diambil dari sini.
Untuk sos karamelnya, saya ubah sedikit dari resipi asal.
Saya menggunakan resipi sos karamel dari Chef Micheal Smith kerana ia lebih mudah.

Jom lihat resipinya.

Salted Caramel Brownies
Material:

Untuk brownies:
1 1/4 cawan tepung
1 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko
311g coklat masakan (dark chocolate) - dipotong kasar
226g mentega (unsalted) - dipotong kiub
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan gula perang
5 biji telur (pada suhu bilik)
2 sudu teh ekstrak vanila

Untuk sos karamel:
2 sudu besar air
1 cawan gula
1/2 cawan heavy cream
2 sudu besar mentega

*Masukkan air ke dalam periuk dan tuang gula di tengah2 periuk. Masak dengan api sederhana. Jangan kacau sehingga gula mula bertukar warna. Setelah gula berwarna perang, masukkan cream dan kacau sebati. (Berhati-hati kerana campuran akan membuak sedikit pada mulanya). Setelah agak pekat, masukkan mentega dan kacau sebati. Ketepikan.

Method:
1. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan tepung, serbuk koko, dan garam. Gaulkan sehingga sebati menggunakan 'whisk'.
2. Sediakan kukusan air dengan 1 mangkuk tahan panas dia atasnya. Cairkan mentega dan coklat masakan. Kacau sekali sekala sehingga cair sepenuhnya dan sebati.
3. Tutupkan api dan biarkan mangkuk di atas kukusan air. Masukkan kedua-dua jenis gula dan kacau lagi sehingga sebati dan alihkan mangkuk dari kukusan.
4. Masukkan 2 biji telur dan kacau sehingga sebati. Masukkan baki telur dan kacau lagi. Tambahkan ekstrak vanila dan kacau sedikit. Jangan terlebih kacau kerana adunan mungkin akan menjadi seperti kek nanti.
5. Masukkan adunan tepung dan kaup balik dengan menggunakan spatula sehingga tepung tidak lagi kelihatan.
6. Susun adunan seperti langkah di bawah:


Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang.




Lapiskan dengan sos karamel, mulakan dengan membuat putaran 'zig-zag' dan ratakan.
(Maafkan loyang yang comot tersebut. :D)


Tuangkan baki adunan dan ratakan.
(Makin comot nampaknya loyang. :p)


8. Bakar pada suhu 175 darjah selama 40 - 45 minit. Sejukkan sebelum dipotong. Jika mahu, lebihan sos karamel boleh dituangkan ke atas brownies. Juga enak jika digantikan dengan chocolate ganache.

Senang kan?
Jadi, jom kita tengok hasilnya.



Limpahan karamel di tengah dan atas brownies.


Pandangan atas.


Berbaloi mencuba resipi ini.
Jadi, apa tunggu lagi?
Cubalah ye.
Hehe.






Wednesday, October 5, 2011

Kari Telur...

Salam semua,

Hari ni jom kita try buat rempah sendiri plak...
Tak tahan plak bila tengok Bal Anerson dalam Spice Goddess tu masak...
Tiba2 rasa nak try sangat2 resipi ni...
Padahal sebelum ni saya tak minat sangat show dia...
Sebab saya bukan jenis yang suka rempah ratus ni...
Tapi tak tao pulak kenapa rasa macam nak sangat ja try...

Jadi terus la pi kedai rempah beli semua benda2 tu...
Dua kali gak la pi sebab lupa nak beli apa...
Dah la tulis dalam English...
Jenuh nak ingat nak translate balik...
Seb baik uncle kedai tu tere...
Hehehe...

Dalam resipi ni bahan2 ja saya ikut..
Tapi part masak tu saya ubah skett...
Wat cara macam saya selalu masak kari...
Kalao nak tengok resipi asal, sila kelik sini...

Jadi, jom la tengok hasil eksperimen kali ni...

Kari telur - Versi Bal Anerson

Materials:
6 biji telur - Saya guna 3 ja

Garam secukup rasa

*Resipi untuk campuran Tandoori Masala
2 tbsp Spanish paprika - Saya guna paprika besa saja

Methods:
1. Tumiskan bahan2 yang ditumbuk. Tambahkan serbuk kunyit dan masak sehingga naik bau. Sementara itu, bancuhkan campuran tandoori masala dengan sedikit air.
2. Masukkan bancuhan tandoori masala dan masak sampai rempah masak atao pecah minyak.
3. Masukkan tomato yang dipotong dan tunggu sehingga tomato lembut. Jika mahu boleh jugak hancurkan tomato tersebut.
4. Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih
5. Perlahankan api. Dalam mangkuk, bancuhkan yogurt bersama tepung dan masukkan ke dalam kuah tersebut. kacao sebati.
6. Perasakan kuah kari dengan garam.
7. Pecahkan telur ke dalam kuah kari. Seelok2nya tunggu sebentar sehingga telur masak sebelum dikacao. Jika tidak, nanti telur akan pecah dan jadi tak cantik. Nak makan pun tak best. Boleh jugak gunakan telur yang dah direbus macam dalam resipi asal. kesimpulannya, ikut suka anda. :D
8. Biarkan kari kita mereneh sekejap untuk bagi tepung dan telur masak. Lepas tu bolehlah angkat dan hidangkan.

Layan gambaq plak ye...



Tumiskan bahan2 tumbuk bersama dengan serbuk kunyit

 

Masukkan tomato bila rempah dah pecah minyak...



Gaulkan tepung bersama yogurt...


Yey, dah siap...


Rasanya pun sedap..

First time buat kari guna rempah sendiri...
Hehe...

Tapi agak masam sebab time ni saya guna 140ml yogurt...
Sebab tu kat dalam resipi saya kurangkan banyak gilo...
Dalam resipi asal suruh guna 245g...
May be sebab dia guna yogurt buatan sendiri, lain kot rasanya...
Nasib baik saya tak ikut...
Kalao x, mungkin xbleh makan dah kari ni...

Jadi, selalu kalao kita dapat resipi, stadi dulu...
Kalao rasa agak2 macam tak munasabah, kita modified saja ikut citarasa kita...
Tapi ni untuk lauk2 macam ni ja, jangan buat untuk resipi kek plak...
Nanti ada yang jadi tepung balik...

Jangan takut untuk mencuba atao buat salah...
Sebab kalao kita tak buat salah, kita takkan belajaq...
Betoi tak...?

Ok la..
Tu ja untuk kali ni...
Silalah cuba resipi ni ye...
Nanti saya nak try guna tandoori masala tu untuk masak benda lain plak...

Daa~



Monday, October 3, 2011

Green Apple Bread Butter Pudding...

Salam semua,

Selamat berhujung minggu...
Lama rasanya tak post resipi kat blog ni kan...?
Bukannya dah tak masak ka apa, tapi la ni tengah demam projek lain...
So gambaq makanan bertimbun sebab tak sempat nak post lagi...
Hehehe....

Hari ni nak share 1 resipi la...
Sebenaqnya asalnya resipi ni dari Chef Wan...
Saya ambik kat sini...
Tapi disebabkan saya malas nak salin resipinya...
Jadi saya ingatkan bahan2 yang basic ja, then buat pandai2 sendiri la...
Ikut citarasa saya...
Hehehe...

Maka terhasillah versi yang lain skett dari resipi asal...
Jom tengok apa hasil eksperimen saya kali ni...

Green Apple Bread Butter Puding

Materials:

Inti Epal
3 biji epal hijao - dikupas kulitnya, buang core, then potong 6 atao 8 ikut saiz epal
6 camca besar gula perang
2 camca besar mentega

*Cairkan mentega dan masukkan epal yang dah dipotong bersama dengan gula dan masak sampai epal lembut. (boleh letak serbuk kulit kayu manis kalao suka, saya tak letak sebab Bedat tak suka....)

Puding Roti
3 - 4 keping roti Gardenia - dicarikkan (dasar malas nak potong...Woha!)
1 tin susu cair
6 camca besar gula perang (boleh kurang atao tambah ikut sedap rasa...boleh jugak pakai gula biasa)
1/2 cawan whipping cream
2 biji telur
Sedikit esen vanilla

Methods:
1. Satukan susu cair, gula, whipping cream, dan telur untuk menyediakan kuah kastard. Pukul sebati dengan menggunakan whisk.
2. Dalam loyang pembakar, susunkan roti yang telah dicarikkan, tekan2 sedikit biar mampat.
3. Tuangkan separuh kastard tadi dan potong kecil2 mentega dan taburkan di atas adunan. Biarkan seketika untuk kuah kastard diserap oleh roti.
4. Buatkan 1 lapisan roti lagi dan tuangkan baki kuah kastard. kemudian, tuangkan epal bersama kuahnya ke atas adunan. Letakkan mentega yang dipotong halus untuk melembapkan adunan semasa dibakar.
5. Bakar dalam oven pada suhu 175 darjah sehingga kuah kastard kering dan bahagian atas puding garing.
6. Sedap dihidangkan sama ada sejuk atao panas.

Ok, Jom kita tengok gambaq plak ye....


Rendamkan roti dengan kuah kastard...



Taburkan epal yang telah dimasak ke atas lapisan roti kedua...Jangan lupa butter...



Selepas kuaq dari oven...



Yey, jom makan...


Okess....
Silalah cuba...
Hehehe...



Friday, August 19, 2011

Gulai Ikan Talang dengan nenas...

Salam semua.

Hari ni jom tengok resipi gulai plak...
Gulai ni memang feveret sayalah...
Kalao kenduri ada masak ni, memang bertambah2 la makannya...
Selalu kat umah ni, orang yang paling tere masak gulai ni Abah la...
Memang Mama pun serender...
Hehehe...

Gulai ikan talang ni biasa dimasak dengan cara 'tumis darat'...
Ha, apakah yang dimaksudkan dengan tumis darat ni...?
Tumis darat ialah istilah yang digunakan untuk masakan yang tak melibatkan proses menumis...
Dalam kes gulai ni kiranya bawang2 atao rempah basah ni tak ditumis dahulu...
Tapi bila dah siap masak, bawang akan digoreng garing dan dituangkan ke atas gulai...

OK, jom kita tengok macam mana nak buat gulai ni...

Gulai Ikan Talang Bersama Nenas

Radas/bahan:
1 biji nenas separa masak
Separuh ekor ikan talang (Kalao nak sedap, ambik bahagian kepala dan tulang)
1 bungkus rempah kari ikan @ rempah kari udang dan ikan kering ADABI
2 cawan santan
1 keping asam keping
1/2 inchi halia
3 biji bawang merah - dimayang

Garam jika perlu

Method:
1. Rebuskan nenas bersama air sehingga mendidih
2. Masukkan rempah kari ikan dan santan dan kacao sebati
3. Tambahkan ikan kering, asam keping dan halia, biarkan mendidih sehingga ikan masak.
4. Rasakan. Jika kurang masin bolehlah tambahkan garam.
5. Biarkan mendidih seketika dan tutup api.
6. Dengan menggunakan lebih kurang 3 sudu minyak, gorengkan bawang sehingga garing dan kemudian curahkan ke atas gulai bersama minyak gorengan tersebut.
7. Hidangkan.

Ha, senang kan...?
Kalao nak sedap lagi, boleh jugak masukkan terung bulat...
Memang lagi terangkat...
Jom la layan gambaq plak...
Hehehe...




Ini yang saya buat untuk bawak ke rumah BFF untuk buka puasa hari tu...
Last2 saya makan gulai udang buatan ibunya saja...
Memang dah tao dah kegemaran saya...
Mak cik memang terbaek lah...
Hehehe...
Tenkiu2...

Monday, August 15, 2011

Sambal nyioq...

Salam semua,

Wah, penatnya...
Berulang alik dari Pokok Sena ke Seberang Jaya hampir tiap2 hari...
Tapi malangnya masih tak dapat melihat wajah Mohd Qaish Ziqrin...
Huhuhu...

Tapi takpa la..
Adik saya dan baby dah selamat pulang ke rumah...
Tapi buat sementara ni dia terpaksa tinggal dengan mertua beliao di sana dulu...
Sebab kna jalani rawatan susulan dalam seminggu dua ni...
Susah jugak bila bersalin dengan operation ni...
Harap2 saya nanti dapatlah bersalin secara normal...
Aminn....

Puasa taun ni agak chaotic...
Tak sempat nak post2 masakan macam taun lepas...
Masak pun kadang2 tak sempat...
Banyak pulak yang perlu dibuat...
Hari ni saya nak tunjuk resipi simple ja...
Tapi memang terangkat abeh la..
Bak kata tuan punya resipi,

"Kalao mak mertua lalu blakang pun tak prasan..."

Hehe...

OK, jom kita tengok resipi...

Sambal Kelapa @ Nyioq

Radas/bahan:
6 biji cili kering
5 biji cabai melaka (kalao nk pedas, tambah lagi bilangannya..)
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
Segenggam kelapa
1 ulas bawang merah

Air limao secukupnya
garam dan gula secukup rasa @ jika perlu

Method:
1. Belah dua cili kering dan tumbuk sehingga lumat
2. Masukkan cabai melaka dan tumbuk lagi
3. Tambahkan belacan, air asam, garam, dan gula
4. Tumbuk perlahan sambil tekan dengan alu lesung. (Jangan terlalu kuat, nanti terpercik ke luaq)
5. Masukkan bawang dan kelapa parut dan tumbuk sehingga bawak lumat dan semua bahan sebati.
6. Perahkan air limau nipis dan hidangkan

Ha, senang ja kan..?
kalao makan ni dengan ikan goreng dan nasik panas2...
Ditambah pulak dengan yang ni...

Sawi masak lomak...

Memang terangkat abeh la...
Jom tengok gambaq plak la...




Yah,
Apa lagi...
Silalah cuba...
Hehehe...

Monday, August 8, 2011

Sambal Terung dan Udang...

Salam semua,

Lama dah rasanya tak post resipi kan...?
Hehehe..

Banyak sebenaqnya gambaq yang dah ambik n edit...
Tapi takdak masa lagi nak upload...
Perasan sibuk la katakan...
Padahal dok umah ja...

OK la, masakan kali ni simple ja...
Saya makan waktu kat umah BFF hari tu...
Rasa sedap la plak...
So balik umah terus watkan untuk famili...

Jom la layan gambaq dulu..
Pasni baru tengok resipi ye...



Okess....
Jom tengok resipi plak...

Sambal Terung dan Udang...

Radas/bahan:

Bahan dikisar:
15 biji cili kering (Kalao suka pedas, sila tambah) - direbus selama 5 - 10 minit
1 biji bawang besaq
1 ulas bawang putih
1 inchi halia

1 biji terung (dibelah dan dipotong panjang)
300g udang kertas (Kalao nak pakai udang lain pun boleh)
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 keping asam keping
Garam dan gula merah secukup rasa

Method:
1. Gorengkan terung sehingga kekuningan.
2. Gunakan minyak yang sama, tumiskan bahan yang telah dikisar.
3. Tunggu sampai pecah minyak dan masukkan asam keping.
4. Masukkan udang dan terung dan tambah sedikit air.
5. Perasakan dengan garam dan gula merah (boleh jugak tambah sedikit kicap kalao suka).
6. Masukkan bawang yang dipotong bulat dan tunggu sehingga layu.
7. Angkat dan hidangkan.

Haa...
Senang ja kan...
Memang nampak macam sambal besa...
Tapi dia ada rasa lain sikit sebab ada rasa lemak terung tu...
Kalao nak tao rasa dia macam mana, silalah cuba.. :)


Wednesday, August 3, 2011

Puasa 2011

Salam semua,

Ramadhan datang lagi...
Kali ni sedih gak la sebab tak dapat nak berpuasa bersama Sir Habi tercenta...
Huhuhu...

Malam2 teringat jugak kenangan berpuasa sama2 kat Negeri beriman taun lepas...
Betapa susahnya nk kejutkan Sir Habi bangun tido...
Betapa payahnya nak menyiapkan nasik daging dan nasik tomato untuk dijual petangnya...
Betapa manisnya berbukak puasa bersama2 dengan hasil ayaq tangan sendiri...
Betapa nikmatnya pi terawih bersama yang tersayang...

Tapi yang paling tak bleh lupa ialah...
Betapa seksanya bila terkena cirit birit akibat makan makanan yang dibeli kat bazaar ramadhan...
Hehehe...

Apa2 pun, kita kena redha...
Harapnya puasa taun depan dapatlah kami sama2 jalani...
Tak mao dah dok jauh2...
Sedih wooo....
Huhuhuhu....

OK la, kalo taun lepas kami bersama2 siapkan nasik tomato untuk moreh hari pertama puasa...
Taun ni kami sediakan nasik daging pulak...
Tapi memang penat jugak la..
Sebab tak cukup kakitangan...
Huhuhu...

Lepas siap masak n packing smua, smua orang pun pengsan...
Penat sangat...
Tapi kepuasan tu tak dapat digambarkan...
Bila tengok orang berbuka puasa dengan hasil ayaq tangan sendiri...
Memang berbaloi segala penat lelah yang dah dicurahkan...

Panjang plak membebel ye...
Jom la kita tengok proses2 penyediaan nasik daging...
Mama panggey ni Resipi Nasik Daging Masterchef...
Sebab saya sediakan juadah istimewa ni waktu audition dulu...
Suka sebab ayaq asam dan nasik saya dipuji oleh juri hari tu...
Memang pengalaman yang sangat berharga...
Hihihi...



Masukkan daging dan masak bersama rempah...


Dalca tengah mendidih...



Yey, nasik dah masak....



Ayaq asam kegemaran semua...Dulu waktu balik JB siap kna wat demo lg...hihi...


Portion untuk setiap seorang...



Yey, dah siap packing...


Ini ja ayaq asam yang tinggai akhirnya...huhhu....


Lepas abeh semua ni, semua pengsan...
Sampai hari ni pun tak abeh kemas lagi semua benda yang digunakan hari tu...
Jenuh gak nak basuh periuk besaq tersebut...

Kalao ada rezeki, taun depan kita buat lagi...




Wednesday, July 6, 2011

Penyakit malas...

Salam semua,

Sebenaqnya banyak sangat yang nak tulis...
Tapi ntah la, tiba2 rasa macam malas...
Time tengah banyak keja nak buat ni la mai penyakit ni...

Adoi...
Cemana la nak setel ntah...
May be moody sebab mixer rosak kot...
Tapi masalahnya dah beli baru pun tak selesai masalah gak...
May be sebab incik mixer baru tu bukan seorang Kitchen Aid kot...
Hahaha...
Gediks plak...

Takpa la..
Minggu ni my mood swings...
Kejap OK, kejap tak..
Tapi setakat hari ni, masih ada lagi yang bisa membuat saya tersenyum...
Eh, silap, tersengih sebenaqnya...
Hehehe...

Kita tayang gambaq dulu la ye..
Resipinya nanti boleh ka..?
Huhu...
Sangat malas mahu menaip...



Red Velvet Cake yang tak sempat nak letak topping...



Kek Lapis Pandan...
Gambaq ambik time tak sempat nak betoi2 beku...Bedat tak sabaq nak makan...



Kek terakhir bersama Incik Mixer kesayangan sebelom beliao menghembuskan nafas terakhir...
huhu....sedih2...



Ok, tu ja la dulu ye...
Doakan minggu ni saya rajin update blog...
Hehehe...


Monday, June 27, 2011

Maharaja Lawak Final...

Salam semua,

Rasanya dah basi dah cerita pasai final maharaja lawak ni...
Baru nak buat entri ye...
Ala, lagi pun takdak apa sangat nak komen...
Cuma still rasa Nabil lebih layak dapat tempat kedua kot...
(Haha, sah2 minat Nabil, memang la cakap macam tu...)
Tempat pertama tu memang paling layak untuk Sepah...
Mungkin rezeki anak Shuib dan Siti Sarah kan...

Saya bukan nak mengulas pasai persembahan peserta pada malam tu...
Bagi saya, semua memang layak berada di situ dan berjaya membuatkan kami 1 rumah gelak sampai pecah perut...
Terima kasih kepada mereka semua...
Memang Best Bro..! (Nabil, 2011)

Yang seronoknya malam tu boleh dikatakan semua adik-beradik ada kat umah...
Kecuali Husna yang nun jauh di perantauan ngan Abah yang ada kat Melaka time tu...
Kami semua sanggup makan malam depan TV semata2 nak tengok...


Bukan senang nak dapat permission makan depan tv ni....


Kebetulan Si Mak Buyung Farhana balik dan bawak bersama ikan Jenahak dan Kerapu...
Maka, menu kami malam tersebut adalah gulai jenahak dan kerapu sweet sour...


Kerapu sweet sour...


Oleh kerana depa ni suka sangat Kek Pandan, jadi saya pun buatkan la untuk depa...
Tapi tak sempat nak tengok...
Habis licin...


Kek pandan...tapi lupa plak mana dapat resipi ni...


Esoknya try wat pulak Red Velvet Cupcake...
Tapi tak berapa menjadi sebab lupa hidupkan oven balik lepas pusingan pertama...
Agak frust di situ...
Nanti la try lagi...
Then upload gambaq kat sini...

Hehe...
Oh ya, saya ada buat sesuatu hari ni...
Sangat puas hati...

Bersambung di entri seterusnya...
Hehehe...




Thursday, June 23, 2011

Macaroon @ macaron

Salam semua,

Hari ni kita akan ke dapur lagi bersama saya...

Hehehe...

Semenjak dua menjak ni ramai jugak yang bercakap2 tentang macaron ni...
Selepas fenomena cup cake, sekarang boleh dikatakan demam macaron mula melanda...
Macaron atao macaroon adalah sejenis dessert yang manis...
Di tengahnya terdapat inti atao filling seperti jem, krim, atao kaya...

Bahan asas dalam macaron ini ialah putih telur...
Yang kemudia digaul bersama 2 jenis gula iaitu gula aising dan gula castor...
Ianya tidak mengadungi tepung, tetapi diganti dengan almond powder atao pun almond yang dikisar halus...

Oleh kerana tertarik dengan prosesnya yang agak unik, saya pun cuba la buat semalam...
Mama pun terkejut...
Tiba2 pukui 12 tengah malam masuk dapuq dan bakaq 'benda pelik'...
Bila mama tanya, nk bagi tao pun tak tao cemana...
Cakap ja la biskut perancis...
Hehe...

Oleh kerana ni first time buat, maka ada la perkara yang lawak terjadi...
Hehehe...

Disebabkan salah guna loyang, maka batch yang pertama rupanya begini...


Macam2 rupa ada...
Hehehe...
lepas tu tukaq la, guna loyang yang betoi2 rata...
Maka jadilah begini...


Bulat kecik..bulat besaq...


Lepas dah pipe semua dalam loyang, kna tunggu pulak dalam setengah jam...
Baru bleh bakaq...

Hasilnya, beginilah keputusan eksperimen semalam...


Yang tak berapa nak jadi...


Yang menjadi...


Suka tengok bila susun macam ni...
 
 
Sebab semalam ada blueberry pie filling saja kat dalam fridge, maka saya guna yang tu ja la..
Ok jugak la rasanya...
Sebab macaron ni manis, bila digabungkan dengan bluberry yang masam2 skett, jadi kombinasi yang sangat sesuai...
Kira OK la untuk percubaan pertama ni...
Hehe...

Ada jugak saya pernah baca, kalao nak lagi sedap, boleh 'peram' macaron ni selama 2 hari...
Supaya dia cukup 'masak' atao 'ranum'...
Untuk mendapatkan tekstur yang lebih 'sempurna'...

Tapi saya tak tao jugak yang saya buat semalam ni rasanya betoi ka tak..
Sebab tak pernah rasa yang betoi2 lagi...
Nanti la bila ada peluang, saya nak beli dan rasa tengok..
Bandingkan dengan yang saya buat...
Baru tao betoi2 jadi ke tak...
Hehehe...

Resipinya kali ni saya ambik kat sini...
Terlebih rajin plak hari ni...
So, saya salinkan balik resipi kat sini ye...

Materials:

2 biji (80gm) telur putih L size
60gm gula kastor (saya guna 50 g)
80gm almond powder
120gm gula aising (saya guna 110g)
sedikit esen vanila

Methods:

1. Ayak almond powder dengan gula aising.
2. Pukul putih telur dengan gula sampai berbuih. Tambahkan esen vanilla dan putar lagi sampai bila tuang pun tak jatuh. (kalao berani, sila try terbalikkan mangkuk adunan atas kepala.hehe.)
3. Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur. kacao perlahan2. (Ada blog yang saya pernah baca, dia siap kira berapa kali 'fold' in bahan tu ke dalam adunan untuk dapat konsistensi yang betoi. Kalao nak try bleh, dia buat 65 kali...)
4. Asingkan adunan dan letak pewarna pilihan.
5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipe bentuk bulatan di atas baking paper. jarakkan lebih kurang 3cm antara setiap bijik. Kalao ada gelembung udara, cucuk dengan toohpick (untuk elak permukaan berlubang bila dibakaq).
6. Biaq permukaan macarons ni kering dalam lebih kurang 30 minit. Agak2 sampai bila kita letak jari, adunan tu tak melekat kat jari kita.  
7. Bakar dalam oven 150 degree selama 20 minit. (Saya turunkan suhu skett sebelum masukkan adunan dalam oven).
8. Sejukkan sebelum letak inti.


Silalah cuba...
Hehehe...