InstaMe

Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

Mari membuat lapik dulang hantaran...

Salam semua,

Hari ni saya nak tunjukkan 1 lagi tutorial...
Selalunya kita akan guna lapik untuk dulang letak hantaran kan..?
Ada macam2 jenis kain yang digunakan, macam kain organza dan kain satin...

Kali ni saya gunakan kain ala2 net yang dibeli di Kamdar...
Kalao tak silap, harganya dalam rm10 semeter...
Lepas tu saya beli tali labuci untuk dilekatkan di sekeliling kain...
Harga dia rm8 ja sepapan (10 meter)...cukup untuk buat 11 keping lapik dulang...


Selain daripada tu, kita perlukan gunting dan juga gam UHU untuk membuat projek ni...
Mula2 potongkan kain ikut saiz dulang...

Lepas tu kita ambik bahan yang akan dijadikan lining tadi dan letak di atas kain...
Gamkan sepanjang lining dan lekatkan pada kain...


Untuk bucu2nya saya just bagi dia jadi bujur sedikit...
Sebab tak nak jadi segi empat sangat...


Gam ja semua sampai habis keliling kain dan potong lining tadi..


Tada...
Dah siap sekeping lapik dulang...
Senang ja kan...?

Inilah gambaq hantaran yang dah siap...
Bantal hantaran dan bunga tu semua saya buat sendiri ja...
Makanan yang ada tu, blueberry cheesetart dan pavlova tu pun saya bakaq sendiri... :D
Alhamdulillah, dapat jugak siapkan semua tu untuk adik tercenta ...




Sampai di sini saja untuk kali ini...
Selamat mencuba..! :D

Daa...~

Wednesday, June 12, 2013

apa yang anda boleh buat dengan CD sleeves...?

Salam semua,

OK, hari ni saya nak tunjukkan tutorial bagaimana kita nak re-purpose sekeping CD sleeve...
Ala, yang benda yag kita guna untuk balut CD tu...
Ada 2 jenis, iaitu yang plastik dan kertas...
Kali ni saya nak tunjukkan untuk yang plastik dahulu...

Sebelum tu, kita kena tengok dulu bahan-bahan yang kita perlukan...
Mula2 kita kena ada gunting, CD sleeves tu, dan stiker untuk lekatkan penutupnya nanti...
Dan benda yang paling penting dalam proses pembuatan ni adalah benda ni...


Haaa, saya panggil 'sealer' ja menatang ni...
Memang kena ada bnda ni untuk projek kali ni...
Kalao tak dak, memang tak jadi la projek kita...

OK, mengikut turutan gambaq ye anak2....


Mula2 kita kena sealkan dua bahagian di tengah2 CD sleeve tu...
Kemudian kita potongkan...
Untuk bahagian yang ada lubang untuk masukkan dalam fail tu pun kita potong skali...
Sampai la jadi sekeping yang kecik tu...
Lepas tu kita potongkan pulak bahagian penutup tu bagi jadi semi bulatan...
OK, dah siap...!

Lepas tu boleh lah masukkan apa2 barang yang anda suka dan lekatkan stiker...
Senang ja kan...?

Selamat mencuba.. :D

Daa...~