InstaMe

Thursday, March 18, 2010

Kad Kawen...

Hi semua,

Selamat Hari Khamis...

Sepatutnya sekarang saya berada di tepi pantai...
Menghadap Laut China Selatan...
Menguis2 pasir yang memutih...
Merasai bayu (ke angin kencang?) menyapa pipi...
Sambil mendengar desiran ombak menghempas pantai...
Ceh...jiwang plak...

Sebenaqnya sepatutnya saya di Chagar Hutang hujung minggu ni...
Tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, program ditunda ke minggu hadapan...
Ok jugak la...
At least boleh berehat setelah menghadapi hujung minggu yang sangat sibuk kebelakangan ni...
Jadi projek hujung minggu ni ditukar sedikit...
Nanti la akan di post kan di entri yang seterusnya...

Banyak pulak membebel kali ni ye...
Padahal nak cerita pasal kad kawen ja...
Dah siap la...
Hehe...
Pas ni tinggai untuk VIP saja...

So sapa2 yang sudi datang ke majlis kami nanti, silalah emel @ msg alamat anda ye...
InsyaAllah kad akan sampai ke tangan anda...

Kita tengok sikit la cemana rupa kad tu...
Peh ni nak bebel pasai sejarah kad ni pulak...

Kad bersama envelope

Cover kad

Ha...Ni yang penting ni...

Thank You Tag...


Sebenarnya kad ni adalah ilham saya dan Habi sendiri...
Kami amat suka kad yang berbentuk bulat seperti CD...
Saya pulak suka sampul yang ala2 transparent...
Maka setelah dicampur, diolah, dan dibaiki, terhasillah kad ini...

Saya mahukan kad jemputan yang orang sayang nak buang...
Yang lain dari yang lain...
Yang tak pernah orang buat...
Jadi kenalah jadi lebih kreatif...
Yang paling penting, kad ini diperbuat daripada kertas kitar semula...
Saya merasa amat bersalah kepada alam sekitar kerana jumlah kad saya harus cetak adalah sangat banyak...
Jadi, kami telah berusaha untuk mencari kertas guna semula ni...
Alhamdulillah, jumpa jugak...

Setiap keping kad ini dibuat sendiri (handmade)...
Jadi, harapnya orang yang menerima kad ini akan menghargai penat lelah mereka yang menghasilkannya...

Semua bahan yang kami gunakan untuk membuat kad jemputan, tq tag, dan juga paper bag adalah dari kertas guna semula...
Bertepatan dengan tema wedding kami iaitu 'Green Wedding'...
Saya juga tengah memikirkan cara untuk membalut favours kepada tetamu tanpa menggunakan plastik...
Ada idea...?

No comments: