InstaMe

Tuesday, March 30, 2010

Kek Karamel

Lama benar tak post resipi ye...
Resipi kali ni khas untuk Cik Ain...
Kot2 peh ni nak try wat untuk centanya...



Kek Karamel


Radas /bahan

10 biji telur gred A (diasingkan putih dan kuning)
1 tin susu cair
450 g gula kastor
260g tepung gandum
280 g air
90g minyak masak
1 sudu besar cream of tar tar
1/2 sudu kecil baking powder
3 sudu kecil esen ros
3 susu besar gula pasir

Method:

1. Di dalam loyang pembakar, karamelkan gula pasir dan ratakan ke seluruh bahagian bawah loyang. Ketepikan.

2. Bahan-bahan dibahagikan kepada 3:

Bahagian A
5 biji kuning telur
1 tin susu cair
150g gula kastor (saya guna 145g ja..)
1 sudu kecil esen ros

Semua bahan digaulkan sebati

Bahagian B

5 biji kuning telur
145g gula kastor
260g tepung gandum
280g air
90g minyak masak
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen ros

Semua bahan dipukul sehingga sebati

Bahagian C

10 biji putih telur
145g gula kastor
1 sudu besar cream of tar tar
1 sudu kecil esen ros

Pukul putih telur sehingga kembang dan bila dituang tidak jatuh

4. Tuangkan Bahagian A ke dalam loyang pembakar yang telah diratakan dengan karamel
5. Tuangkan Bahagian C ke dalam bahagian B dan gaulkan sebati.
6. Tuangkan campuran Bahagian B dan C ke dalam loyang berisi Bahagian A
7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan secara double boiling selama setengah jam.



Ha, silalah cuba!
Kalo rasa2 malas tu, tempah ja la...
Sebijik baru RM25.00...
Hehe...

Kredit resipi kepada Makcik Banosh...

No comments: