InstaMe

Monday, March 22, 2010

Yassin siap!

Akhirnya,
Dapat jugak snap gambaq...
Yassin ni dah lama sampai kat umah...
Sebelum Cik Perez nikah lagi...

Mama la yang nak sangat tempah Yassin ni...
Untuk bagi kepada orang2 Marhaban dan VIP...
Oh ya, kenapa kena ada VIP2 ni...

Jangan salah faham ye...
VIP bagi kami bukanlah Dato', Dato' Seri,Tan Sri etc semata2....
Yang itu sememangnya sudah sedia maklum...
Walao pun sebernarnya tidak ada apa sangat yang berbeza...

Tapi VIP yang paling penting bagi kami...
Adalah mereka yang berada di sebalik tabir...
Iaitu orang2 yang telah bertungkus lumus menyumbangkan tenaga untuk menjayakan kenduri kami....
Seperti tukang masak, para mentara, dan mereka yang membantu (orang kerja)...
Dan juga golongan yang diraikan iaitu rombongan sebelah pengantin lelaki...
Sebagai tuan rumah, bagi saya golongan ini yang perlu kita beri perhatian lebih...
Kerana tanpa mereka, kenduri ini tidak akan berjalan lancar....
Bagi rombongan pula, mereka seharusnya diraikan...
Kerana mereka sanggup datang dari jauh...
(Dari Johor tuu....Selatan ke Utara...Habis highway PLUS depa ukuq...)
Untuk memeriahkan majlis kami...

Bukanlah pangkat atao darjat yang dibezakan...
Itulah yang selalu menjadi salah faham...
Istilah VIP tersebut hanya digunakan untuk menunjukkan keistimewaan golongan ini...
Bukannya untuk dibeza-bezakan dengan golongan 'biasa' yang tidak berpangkat....
Biasalah dalam kenduri besar seperti ini...
Door gift yang disediakan mestilah ada perbezaan sedikit...
Untuk tetamu, untuk sanak saudara, untuk orang kerja, untuk rombongan pengantin...
Ye tak..?

Pasal kad VIP plak...
Kenapa kena ada beza ye...?
Hehe...
Mula2 ingat tak nak cerita kenapa...
Tapi nampak gayanya kenalah jugak....
Sebenaqnya, kad itu dibuat untuk menjaga air muka Mama...
Dan juga permintaan Farhana atao Cik Perez....
Kerana sebelum kad jemputan kami disiapkan...
Kami telah membuat beberapa sampel...
Ada juga suara2 yang berbuyi....

"Kenapa kad macam ni ja...Awat tak buat kaler2 sikit...?
Kertas2 wangi ka...?Kata kenduri besaq.."


Kesian plak mama nak menjelaskan kenapa kertas recycle tersebut dipilih...
Mungkin bagi sesetengah pihak, apa yang kami cuba buat ni tak mendatangkan hasil...
Tidak bermakna langsung bagi mereka...
Apa yang lebih menyedihkan saya...
Mereka adalah dari golongan profesional yang berpendidikan tinggi...
Mengapakah kesedaran tersebut tidak ada dalam diri mereka...?

Bagi Abah pula...
Biarlah apa mereka nak kata...
Kami mempunyai sebab mengapa kertas tersebut dipilih...
Beliao juga menghormati prinsip kami...
Abah lebih tegas dalam menyuarakan pendapatnya...

Untuk mengelakkan salah faham ini dari terus berlaku...
Maka kami akhirnya telah bersetuju untuk membuat juga kad VIP ini...

Lagipun saya pernah terbaca ini di sini....
(Saya terjumpak blog ni...Rupa2nya dia senior dari Asma dulu...tapi tak tao la dia kenai saya ka tak...)


"tp ada sorg pakcik ni penah habaq kat kami kwn2 - Kalo nak buat kad kawin tu, biar la yg mak bapak gamak nak bagi kat kwn2 depa…”

Kad2 tersebut memang khas untuk Mama dan Cik Perez...
Bukan bertujuan untuk membeza2 kan tetamu ye...
(Macam ramai ja VIP yang nak dijemput ye...?)
Ngeh ngeh...

Eh, dah melalut plak...
Padahal entri kali ni hanyalah nak tunjuk gambaq Yassin yang dah siap...
Anda juga boleh melihatnya atao menempahnya di sini...





Haishh....
Kadang2 terpikir....
Boleh ker saya nak jadi jahat kejap...?
Hihiiii....(Baca gaya2 suara hantu...)
Ish2...Insaf cepat...
Dah la baru wat entri Yassin...
Apa la...

No comments: