InstaMe

Thursday, April 15, 2010

Lupa...

Hai kawan-kawan,

Pernah tak korang terfikir...
Setelah lama korang hidup senang...
Tak ada masalah...
Menjalankan kerja2 korang macam besa....

Pernah tak tertanya pada diri sendiri...?
Kenapa dah lama aku tak diuji olehNya...?
Adakah aku dah semakin jauh daripada-Nya...?

Itulah yang saya fikirkan seminggu yang lalu...
Ketika masih di tempat kesayangan saya...

Dan hari ini...
Saya bersyukur...
Kerana ternyata Dia masih tidak melupakan hambaNya ini...
Kerana ya, saya sedang diuji...

Saya terima ujian ini dengan hati yang terbuka..
Mungkin kerana sudah terlalu lama saya berada di zon selesa...
Dan kadang-kala saya terlupa...
Terlupa untuk bersyukur...
Terlupa untuk lebih mendekati diri kepada Yang Maha Esa...

Kekuatan saya adalah dari kesayangan saya...
Yang selama ini menjadi tulang belakang saya...
Kerana mereka, saya masih di sini...

Saya masih percaya semua yang berlaku ini ada hikmahnya...
Kerana mungkin ada sesuatu untuk saya...
Yang saya tidak ketahui...
Kerana semua itu adalah rahsia-Nya...

Doakan saya ye...

No comments: