Saya suka sangat kuih ni....
Tapi selalu beli tak leh makan...
Sebab tak sedap...
Lepas tu mulalah berangan nak buat sendiri...
Mula2 saya ambik resipi kat 1 buku ni...
Kalao tak silap, nama buku tu, 100 resipi kuih Malaysia...
Tapi mama kata kalao nak sedap, kena tambah ais krim soda...
Jadi saya modified sendiri la resipi yang ada tu...
Inilah hasilnya...
Jom tengok resipi plak...
Apam Seri Ayu
Material:
120g gula
135g tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
140 ml santan
120 ml air ais krim soda
1 biji telur
1 sudu kecil ovallet
1 sudu kecil pes pandan
Kelapa parut (diambil putih sahaja)
Garam secukup rasa
Methods:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang
2. Masukkan santan dan kacao sebati
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, dan ovallet. Kacao sebati
4. Masukkan air ais krim soda dan pes pandan dan gaul lagi.
5. Griskan acuan dengan minyak dan panaskan kukusan
6. Gaulkan kelapa dan garam dan masukkan ke dalam acuan. Tekan sehingga mampat.
7. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit
8. Angkat dan keluarkan dari acuan. Hidangkan.
OK, senang, cepat, dan yang paling penting sedap...
1 comment:
kalo toping choc pun sedap gak.
Post a Comment