OK, banyaknya review yang dibuat minggu ni ye...
Bukan apa, sbenaqnya ni smua entri2 tertunggak...
Dari bulan lepas lagi nak tulis...
Tapi tak tertaip2 plak...
Kali ni nak cerita tentang satu tempat best kat Cameron Highlands...
Iaitu Green View Garden..
Green View Garden ni ada bermacam2 produk...
Selain daripada taman hidroponik, taman stroberi, ia jugak ada apartment dan cafe...
Apa yang saya nak cakap di sini adalah mengenai Cafenya....
Kami ada singgah ke sini dalam perjalanan pulang ke Kedah bulan lepas...
Lokasinya terletak di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands...
Betoi2 di tepi jalan...
Memang senang nak nampak...
Kat sini ada macam2 jenis makanan yang berasaskan stroberi...
Ada kek, penkek, smoothies, jus, stroberi cicah coklat, dan macam2 lagi lah....
Makanan western juga turut dihidangkan di sini...
Persekitaran cafe adalah sangat bersih dan tenang...
Ada banyak pokok2 hijao...
Dan di sini jugak kita boleh membeli pelbagai barang...
Ada pelbagai jenis teh yang susah nak jumpak di tempat lain, kopi stroberi, jem, coklat, dan macam2 lagi lah...
Cenderahati dan sayuran segar pun ada...
Memandangkan kami tengah lapaq time tu, maka kami pun order ja makanan skali...
Inilah yang kami makan petang tu...
Rasanya boleh tahan jugak....
Tapi tu la, sayang...
Kami semua tak berani nak try kek ka, apa ka, takut pakat2 termuntah tengah jalan...
Hehehe...
lain kali kalo p n tidoq kat Cameron, boleh la try makan kot...
Kalo nak tao lebih lanjut tentang Green View Garden ni, boleh la tengok website depa:
Green View Garden
OK, tu ja...
Sekian...
No comments:
Post a Comment