InstaMe

Monday, August 2, 2010

Sambal Daging

Sambal ni selalunya kami makan time raya...
Cicah ngan lomang ngan ketupat...
Uishh....sodapnya...

Tapi kali ni sebab nak makan dengan nasik, maka kuahnya bagi cair la skett...
kalo nak makan dengan lemang @ ketupat, kena keringkan skett kuahnya...
Baru best...
Jom la tengok resipi...

Sambal Daging

Materials:

500g daging (dihiris nipis)
2 sudu kerisik
Santan dari sebijik kelapa
1 keping asam keping
1 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
Rempah kasar - bunga lawang, bunga cengkih, kuli kayu manis untuk menumis

Bahan diblender:

19 tangkai cili kering (kalo nak pedas, tambahkan bilangan cili)
2 batang serai
1 biji bawang besar @ 6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
sedikit jintan manis

Methods:

1. Tumiskan rempah kasar sehingga naik bau
2. Masukkan bahan yang diblender bersama daging dan kerisik. Tutupkan tudung periuk.
3. Tunggu sehingga pecah minyak. Tetapi hendaklah selalu dikacao kerana takut hangit.
4. Masukkan santan, asam keping, dan gula merah.
5. Perasakan dengan garam. Tunggu sehingga mendidih jika mahu berkuah.
6. Jika tidak mahu kuah, masak di atas api perlahan sehingga kering.


Ha...senang ja kan...?
Rasanya memang sedap...
Sesuai dimakan dengan nasik, roti, dan lain2...
Tengok gambaq plak la ye...



OK, selamat mencuba!

No comments: