InstaMe

Tuesday, August 31, 2010

Warkah Buat Besar dan Kecik...

Salam sayang untuk Besaq dan Kecik,

Waktu Along menulis warkah ni, kamu berdua dah tiada lagi bersama kami....
Tak sangka kamu berdua dipinjamkan kepada Along untuk sekejap saja...

Tapi Along redha...

Sebab kamu berdua tentunya lebih bahagia di sana...
Tak sampai hati Along melihat kamu berjuang sehari demi sehari...
Melawan penyakit yang Along sendiri tidak tahu puncanya...

Bila Besaq pergi...
Along dah dapat merasa bahawa Along akan kehilangan Kecik juga selepas ini...
Sebab Kecik dan Besaq sangat rapat...
Sampai orang selalu ingat kamu berdua adik beradik...
Padahal Kecik dan Besaq Along ambik di tempat yang sangat berbeza....

Kecik dan Besaq adalah kucing yang baik...
Sayu hati Along bila melihat tempat tidoq kamu berdua...
Lepas ni, tiada lagi Kecik yang suka bergayut kat kaki Along...
Tiada lagi besaq yang suka cium Along...
Tiada lagi kucing yang nak sambut Along dan Habi setiap kali kami balik rumah...

Besar dan Kecik,
Along lepaskan kamu berdua...
Damailah kamu di sana...


Besaq yang manja...

Kecik yang hensem...




*******************
Andainya kamu berdua berjumpa Suri di sana...
Sampaikan salam rindu Along padanya...

2 comments:

myruz said...

besar..kecik...kamu mmg baek..

myruz said...

besar..kecik...kamu mmg baek..