Hello world..!
Tiba2 hari ni rasa bersemangat pulak....
Setelah lebih kurang 2 minggu lembik ja...
Alhamdulillah, kesihatan dah semakin memberangsangkan...
Hehe...
Ok, sebenaqnya hari ni nak bagi 1 resipi...
Resipi yang diinspirasikan dari rancangan Kylie Kwong - Cooking with Heart & Soul...
Tapi sebelum tu nak bercerita skett la...
Dah lama rasanya tak membebel...
Saya dan sandwich...
Memang tak dapat dipisahkan dah kot...
Semuanya bermula bila saya cuti semester masa degree dulu la...
Oleh kerana saya tidak dibenarkan untuk keluar bekerja...
Maka saya terpaksa memikirkan cara bagaimana untuk menampung kegilaan terhadap shopping pada ketika itu...
Bagiamana cara nak dapatkan duit dari rumah...?
Haaa...dari situlah bermulanya kerjaya saya sebagai penjual sandwich....
Hehehe...
Dari situlah sya mula bereksperimentasi....
Semuanya tentang sandwich....
Dah macam2 jenis sandwich yang saya buat...
Dan yang paling saya rasa macam berbaloi ialah bila saya terpilih untuk menyediakan sandwich untuk Tuanku Puteri Sultan Kedah...
Sandwich tersebut saya namakan Sandwich Diraja...
Yang berintikan tuna bercampur mayonis dan telur rebus...
Nampak macam simple....
Tapi sebab berdebaq yang teramat, rasa tak konfiden tu mula menebal...
Waktu tu hanya Tuhan saja yang tao macam mana perasaannya...
Tiba2 ja nak pegang pisao pun tak pandai....
Tapi takpa, berkat usaha dan dorongan semua, saya berjaya....
Dapat la pujian...
Hehehe...
Sehingga kini, dah banyak jenis sandwich yang saya hasilkan...
Kami jugak pernah juai sandwich dia gerai time Konvo Fest dulu....
Memang sehari kena 3 4 round buat...
Letak ja terus habis...
Time tu ada gak perkara yang membuatkan saya terfikir, buat sandwich bodo pun bleh ada impact macam ni ka...?
Bila ada seorang makcik berkata kepada saya...
"Adik, makcik sanggup tunggu ni...Adik buat la...kalao mak cik tak makan sandwich adik sebelum balik Perak, nanti kempunan la makcik..."
Terketaq2 tangan saya buat sandwich depan makcik tu....
Bila makcik tu menjamah sandwich yang diorder, rasa macam sebak dan syahdu pun ada...
Haishh...memang tak dapat nak digambarkan....
Itu lah kan..?
Kadang2 benda2 yang simple macam sandwich ni pun boleh bagi impact kepada orang lain...
Saya juga ada menyimpan cita2 sebenaqnya...
Untuk membuka sebuah cafe...
Yang berasaskan sandwich....
"It's all about sandwiches..."
OK, tinggalkan saya dan angan2 tersebut...
Mari kita ke resipi...
Tapi resipi ni adalah hasil daripada lebihan sup ayam....
Ha....betoi la...
Sup ayam...
Kalao anda macam kami, selalu ja ada lebihan ketulan ayam yang dah dibuat sup, anda boleh la cuba resipi ni...
Kiranya kita nak mengelakkan pembaziran la...
Sandwich Ayam Mayo
Materials:
Ketulan ayam dari sup (dipotong halus)
Mayonis (ikut suka-kalao suka bleh letak banyak)
Lada hitam (ikut suka)
Garam secukup rasa
2 sudu mentega
Iceberg salad (salad bulat) - dihiris halus
Roti dan mentega secukupnya (untuk disapu pada roti)
Methods:
1. Gaulkan ayam, mayonis, mentega, garam, dan lada hitam
2. Sapukan mentega pada roti.
3. Spreadkan campuran ayam dan mayonis tadi ke atas roti. Tambah salad di atasnya.
4. Potong kepada 2 @ 3 bahagian dan hidangkan.
Inilah rupanya...
Ni kalao potong 2 ja..
Untuk yang ada anak2 kecik, ni lah 1 cara nak menambahkan variety kepada sandwich tradisional yang selalunya berasaskan tuna dan sardin...
Di samping tu jugak dapat mengelakkan pembaziran....
Ye tak...?
Resipi asal Kylie tu gunakan mayonis yang dia buat sendiri...
Tapi rasa macam malas ja nak buat...
Dan takut tak jadi...
Jadi, saya improvised kan lah skett resipi dia...
Kalao nak sedap lagi, boleh ja tambah tomato ker, nak letak sos ke...
Buat ja resipi sendiri...
Yang penting rasa tu boleh blend sesama sendiri...
Bak kata pak cik Micheal Smith...
"My secret recipe...is cooking without a recipe..."
Ok, selamat mencuba...!
********************
Oh ya, selingan lagi....
Mentang2 la dah lama tak bebel...
Tak sangka ramai gak yang minat Kek Krim Karamel tu ye...
Berbaloi saya ambik masa setaun nak master wat kek tu....
Jadi, InsyaAllah kelas demo pertama untuk wat kek ni akan berlangsung dalam masa terdekat ni di teratak kami....
OK, kita tunggu la nanti ye...
Hehe..
No comments:
Post a Comment