InstaMe

Sunday, September 26, 2010

Spegeti Incik Alfredo...

Tajuk apakah itu...?
Adakah ianya spegeti yang dimasak oleh Incik yang bernama Alfredo...?
Oh tidak, ini adalah sebenaqnya resipi Spegeti Alfredo...

Tapi ni stail sendiri la...
Resipi pun dah dimodified ikut citarasa sendiri...
Jom la tengok resipi...

Spegeti Alfredo Citarasa Sendiri

Materials:

Setengah bungkus spegeti San Remo
Sekotak Whipping cream
Sebijik bawang besar (didadu)
Udang (ikut suka nak banyak mana)
Parmesan Cheese (diparut)
Oregano (ikut suka)
Parsley (ikut suka)
2 sudu mentega

*Kalao lagi tamak, boleh sprinkle lagi parmesan lagi atas spegeti yang dah dimasak

Methods:

**Celurkan spegeti dahulu bersama dengan garam dan sedikit mentega. Ikut arahan yang terdapat pada bungkusan.

1. Cairkan mentega dan tumiskan bawang besar
2. Masukkan udang dan goreng sehingga agak2 masak
3. Masukkan cream dan kacao sebati
4. Parutkan parmesan ke dalam kuah
5. Taburkan oregano dan parsley
6. Masak sehingga mendidih dan campurkan spegeti yang telah dicelur ke dalam kuah. Gaulkan sehingga sebati dan angkat
7. Taburkan parmesan lagi sebelum dihidang

*Pastikan anda rasa dulu kuah tersebut sebab selalunya tak payah tambah garam. Cheese tu sendiri dah masin.

Jom tengok bagaimakah rupa Incik Alfredo ni...


Haa...
Inilah rupanya...
Kami memang tamak...
Tak cukup2 cheese tu...

Yang lain,
Silalah cuba...
Senang ja kan...?

No comments: