************************
Pada suatu hari seseorang telah mendatangi aku...
"Aku mintak maaf, selama ni aku salah.Sekarang aku dah sedar, siapa salah dan siapa betul."
Aku menghela nafas.
Entahlah, aku tak pasti apa yang harus aku katakan.
Aku cuma senyum. Senyum yang kurasakan tidak ikhlas.
"Sekarang ni baru aku rasa macam mana ang rasa dulu..."
Aku senyum lagi. Terpaksa.
Dalam hati aku berkata, dua tahun lalu jika kau berkata begini, mungkin ianya masih boleh diperbaiki.
Namun segala-galanya sudah terlambat.
Akibat percayakan kata-kata fitnah, beberapa jiwa telah terluka.
Dan beberapa jiwa tersebut mungkin tidak akan bersatu kembali seperti dahulu.
"Aku kagum, macam mana ang boleh hadapi semua ni dulu? Ang diam ja, melawan pun tak.Biaq ja apa yang orang kata kat ang. Aku memang ingat ang ni jenis beku."
Aku senyum lagi.
Cuba kau tanyakan pada suamiku.
Mestilah jawapannya aku seorang yang gembeng.
Kau tahu apa itu gembeng?
Itu sama juga maksudnya dengan cengeng.
Kau tahu?
Tak kisahlah kau tahu ke tidak.
Tapi aku rasa kadang2 masalah begini dalam hidup tak perlu dikongsi dengan 1 dunia kot.
Sebab selalunya orang yang rasa dia bersalah terpaksa berusaha lebih.
Kau tahu kenapa aku cakap begitu?
Sebab mereka perlu meyakinkan semua orang.
Bahawa mereka tidak bersalah.
Mereka akan melakukan apa sahaja.
Sehingga orang mempercayai mereka.
Bersimpati kepada mereka.
Dan akhirnya menyebelahi mereka.
Diam tak bererti kalah.
Bukankah aku pernah memberitahu kau.
Aku tidak akan berjuang untuk sesuatu yang aku rasa tak berbaloi.
Jadi, biarlah anjing menyalak bukit.
Tapi inilah pengakhiran yang aku mahu.
Biar kau tahu sendiri.
Biar kau belajar sendiri.
Biar kau berfikir sendiri.
Aku pun tidak perlu penat.
Untuk meyakinkan kau.
Jadi, apa yang kau belajar dari semua ini?
Tapi sebelum itu,
Baik kao pergi cari makna perkataan di atas tu.
Sebelum kau cakap aku ni 'beku'.
No comments:
Post a Comment