InstaMe

Tuesday, October 5, 2010

Kuah Kacang Kakak Surieza

Hari ni dah 27 Syawal...
Rasa macam ada saki baki lagi mood raya....
Sebab posa 6 tak abeh lagi...
Hehe...

Kali ni buat resipi bersempena raya la plak...
Hari tu waktu balik Kedah tolong Mama buatkan kuah kacang ni untuk student dia...
Waktu tu dah konfiden skett sebab sebelum ni dah penah try resipi ni...
Habi nak sangat makan nasi impit dengan kuah kacang...
Maka teruslah SMS Mard mintak resipi kuah kacang kakak beliao...
Sebab waktu raya hari tu makan, rasa macam sedap la pulak kan....

Tapi resipi yang saya dapat tu kira macam roughly ja...
Yang lain tu ikut suka hati ja saya modified...
Hehe...

Kredit dia mesti diberikan jugak kepada penyumbang resipi...
Sebab rasanya memang best...

Ok, jom kita tengok bahan2...

Kuah Kacang Berisi Ayam
(tiba2 bagi nama sendiri...hehe...)

Radas/bahan:

3 ulas bawang merah (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 inci lengkuas
1 batang serai (dititik)
17 biji cili kering
1 sudu kecil jintan manis
500 g kacang tanah (digoreng dan dikisar halus)
Sedikit air asam jawa
Sedikit belacan
Gula merah @ air gula merah
Gula pasir
Garam secukup rasa

4 - 5 ulas bawang besar dan 10 ulas bawang merah di blend
Isi ayam yang direbus dan dicarik2 halus

Method:


1. Rebus cili kering selama 5 - 10 minit dan gorengkan tanpa minyak bersama jintan manis. Blend bersama sedikit air dan belacan.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, dan serai sehingga naik bau.
3. Masukkan pes cili kering tadi dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan kacang dan kacao sebati. Tambahkan sedikit air.
5. Masukkan gula, air gula merah, dan ayam. Reneh sehingga kacang kembang.
6. Tambahkan air asam jawa dan perasakan dengan garam. Masak sehingga semuanya sebati dan akhir sekali masukkan air bawang yang telah di blend.

*Untuk resipi ini, boleh jugak masukkan udang kering. Tapi saya tak guna sebab dah ada belacan. Takut nanti tak pasai2 kena cucuk plak sebab tak tahan menanggung kegatalan...huhu...


Inilah hasilnya...
Tiba2 ada ketupat jagung plak kat sebelah tu ye...





Ok, siap...
Jemput makan....
Hehehe...

No comments: