InstaMe
Monday, October 11, 2010
Mahu Berbakti...?
Salam semua,
Bertemu lagi kita di ruang maya ini...
kali ini saya akan membicarakan tentang apa yang boleh kita buat untuk membantu pesakit-pesakit barah payudara, sama ada di peringkat global atau pun nasional...
Di sini saya utarakan beberapa pautan untuk anda semua lebih mengetahui tentang usaha-usaha yang dijalankan untuk membantu para pesakit barah payudara...
Yang pertama adalah pautan untuk menyumbangkan satu mammogram percuma kepada wanita-wanita yang memerlukan...
Jika anda perhatikan, saya juga ada memuat naik pautan terus ke laman web berkenaan di sidebar blog ini...
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah klik kepada gambar di atas ataupun pada badge saya di sidebar untuk ke laman web berkenaan....
Terdapat banyak lagi informasi dan bahan-bahan berguna yang boleh dilihat di laman web tersebut...
Jika ada yang bertanya,
Apakah itu mammogram?
Mammogram adalah satu langkah pengesanan awal untuk barah payudara...
Prosesnya adalah sama seperti x-ray di mana ianya menggunakan ion radiasi untuk menghasilkan imej...
Mammogram ini dipersetujui dapat mengurangkan kadar kematian akibat barah payudara kerana ianya dapat memberikan gambaran awal jika seseorang itu didapati mempunyai tanda-tanda penyakit tersebut...
Ia merupakan satu langkah pencegahan dan rawatan awal...
Di Malaysia terdapat beberapa pertubuhan yang membantu para pesakit kanser ini...
Selain daripada MAKNA (Majlis Kanser Negara) yang merangkumi pesakit kanser secara umum, terdapat juga pertubuhan yang memberi perhatian terhadap pesakit barah payudara, iaitu BCWA ataupun Breast Cancer Wellness Association Malaysia (Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara Malaysia)...
Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai persatuan tersebut di laman web mereka:
http://www.breastcancer.org.my
Melalui laman web ini anda juga boleh menderma, menjadi sukarelawan, dan membeli sesuatu dari Pink Souvenir Shop mereka...
Marilah kita sama-sama membantu mereka yang memerlukan ini...
:)
Labels:
pinkforoctober
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment