InstaMe

Monday, October 11, 2010

Mengubah Dunia...




Salam semua,

Pelik pula bila melihat blogku berwajah baru...
(Ingat, guna bahasa yang betul... :D)

Walaupun warnanya bukanlah betul-betul merah hati...
Kira masih bolehlah diterima...
Asalkan ada riak2 warna tersebut di blog ini...
Selepas habis kempen ini barulah saya akan fikirkan...
Sama ada untuk menukar ataupun mengekalkan tema ini...

Kalau anda semua lihat di atas, saya telah memuat naik 'badges' yang saya akan gunakan untuk kempen tahun ini...
Ini merupakan sumbangan kecil saya untuk masyarakat...
Dengan menyokong kempen ini, saya berharap agar saya akan dapat menyebarkan sebanyak mungkin maklumat mengenai barah payudara ini dan di samping itu juga, menggunakan tatabahasa yang betul dalam usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita...
Walaupun hanya untuk sebulan, saya berharap agar ianya akan dapat memberikan manfaat kepada anda yang membacanya...

Kerana saya percaya....

"We cannot change the world until we change ourselves"

Saya tidak mampu untuk mengubah dunia...
Tapi saya akan berusaha untuk mengubah diri saya...

No comments: