InstaMe

Sunday, October 10, 2010

Oktober: Bulan Bahasa & Bulan Kesedaran Barah payudara...

Ramai yang tanya saya tentang post sebelum ini...
Cengeng @ gembeng...?
Kenapa macam lain ja bunyi dan gaya penulisannya...?
Oh, itu cuma gimik saja...
Sempenan bulan Oktober...

Kenapa Oktober...?

Ini kerana bulan Oktober merupakan Bulan Bahasa...
Dan juga Bulan Kesedaran Barah Payudara (Breast Cancer Awareness Month)...

Seperti biasa, setiap kali bulan Oktober datang, saya akan mula menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul dan menukar layout blog kepada warna merah hati (pink)...

Tahun ini, saya juga akan menggunakan pendekatan yang sama...
Cuma kali ini ada kelainan sedikit yang akan dibuat...
Apakah kelainannya...?

Tahun ini, saya akan memuat naik cerpen2 yang pernah saya tulis...
(Oh, kalao saya jumpa cerpen yang pernah dibacakan di depan kelas suatu masa dahulu, juga akan saya masukkan ke dalam blog ini...)
Dan post2 tentang barah payudara juga akan saya cuba sedaya upaya terjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia...

Buat masa sekarang saya sedang meneliti header yang sesuai dan juga badge saya untuk Kempen Kesedaran Barah Payudara tahun ini...
Mungkin esok atau lusa anda semua akan dapat melihat wajah baru blog saya...
(Oh, hanya untuk sebulan kerana merah hati bukan warna saya :p...)

Aduhai,
Kenapalah saya merasakan bahasa Bahasa Malaysia saya sangat lawak...?
Mungkinkah kerana terbawa-bawa dengan ayat skema di dalam tesis...

"Straight carapace length, straight carapace width, according to .....(2007), from the statistical Analysis, the result shows no significance different....etc...."

Mungkin juga ini salah satu cara untuk saya menajamkan kembali penguasaan bahasa ibunda saya yang sudah semakin lama dipinggirkan...

Jadi, sama-samalah kita nantikan apakah yang bakal saya berikan kepada anda semua sepanjang bulan Oktober tahun ini...

Sebelum itu, saya tinggalkan anda dengan gambar-gambar aktiviti dapur saya semalam...


Doh yang baru dikeluarkan dari peti sejuk....

Masukkan ke dalam acuan pai...

Gaulkan epal dan bahan2 lain...

Masukkan inti pai ke dalam acuan...tutupkan dengan pastri dan buat lubang udara...sapukan dengan telur...

Dah siap...nyam nyam...


Itu sahaja buat kali ini...
Jangan gelak kalau anda lihat blog saya berwarna pink selepas ini...
Hehehe...

No comments: